CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Senang sendirian

[Copy link]
Post time 21-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Migrain pantas, rancakPERJALANAN karier seninya pernah bergelora seketika apabila berdepan masalah kontrak bersama syarikat rakaman Millennium Art Sdn Bhd milik komposer Julfekar. Namun, semua itu bukanlah halangan buat cita-cita yang disimpan sekian lama, untuk bergelar penyanyi berjaya.\rBahkan semua cabaran dihadapi Heela, atau nama sebenarnya Shahila Shariff dengan penuh kesabaran, selain menjadikannya pedoman serta pembakar semangat untuk mengatur langkah lebih kemas dalam bidang muzik yang cukup diminatinya. Kini, episod terbabit sudah diletakkan di belakang, dan dia sendiri mula bergerak sendiri menyusun tapak.\r\n\n\n\n\rLantas, buat permulaan, artis muda dari Shah Alam ini mempertaruhkan single terbaru berjudul Migrain, bagi mengukuhkan namanya dalam industri seni negara. Lebih bermakna, single berkonsepkan dansa ini ialah hasil nukilan dirinya sendiri, dan diterbitkan komposer Iswandy Atan dan Redzuan Asat.\r\r\n\n\n\n\nTeruja kerana diberi kepercayaan penuh dan kelonggaran dalam menghamburkan idea oleh dua komposer yang cukup dihormatinya, Heela, Iswandy dan Redzuan yang hadir ke Balai Berita baru-baru ini saling memuji antara satu sama lain dan seronok dapat berkongsi pengalaman merakamkan lagu itu bersama-sama.\rCerita Iswandy dan Redzuan, pemilik syarikat 87Red Communications, rakaman selama tiga bulan itu langsung tidak berdepan sebarang kesulitan, bahkan mereka senang bekerjasama dengan Heela. Artis baru itu tidak pernah kering dengan idea, serta mempunyai pengetahuan asas dalam nyanyian.\r“Melihat potensi yang ada pada Heela, dia mampu membawakan apa saja genre lagu, bukan saja pop dance, lagu berkonsepkan balada pun dia boleh dinyanyikannya. Kami memilih pop dance untuk single ini selepas membuat kajian berdasarkan persembahan yang pernah Heela jayakan sebelum ini. Dirinya cukup bertenaga apabila beraksi di atas pentas dan pandai mencuri perhatian orang ramai.\r“Oleh itu, selain menarik pendengar dengan lagu yang rancak, kami rasakan dia mampu sampaikan lagu ini berbekalkan bakat yang dimiliki. Dengan bimbingan, kami turut memberikan dia kelonggaran untuk menghasilkan lirik sendiri menerusi pengalaman yang dia ada, dan ternyata dia mampu melakukannya.\r\n\n\n\n\r“Hasilnya, dengan campur tangan yang saksama dari semua pihak, kami berjaya merakamkan lagu ini dalam masa lebih kurang tiga bulan. Sebagai susulan, kami ada mencipta lagu balada untuknya, yang sedang disiapkan,” kata Iswandy yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi seperti Black dan Mohamad, artis kelahiran program Mentor, serta Syahz, bakat yang digilap menerusi Bintang Idola Berita Harian (BIBH).\rLagu Migrain yang akan dilancarkan pada 20 November Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini sudah pun diedarkan ke stesen radio tempatan.\rKata Heela, dalam versi asal Migrain, diselitkan nyanyian rap dalam bahasa Thailand, dendangan sendiri.\rMahu dikenali dengan kelainan dan keunikan, Heela begitu gembira dapat menghasilkan liriknya sendiri buat kali pertama. Proses itu disifatkan sebagai pengalaman paling berharga buat penyanyi yang baru setahun jagung, sepertinya.\rKembang bakat sebagai pelakon, pengacara\rHEELA yang gemar menyampaikan lagu dengan penuh ekspresi ini bersyukur, dalam masa agak singkat ini, dia bukan saja berjaya bergelar penyanyi, bahkan turut menceburi bidang lakonan dan pengacaraan.\r“Kini, saya sedang menjalankan penggambaran drama 13 episod yang akan disiarkan di TV9 bertajuk Budak Kolej. Dalam drama ini saya melakonkan watak Wati, teman wanita watak lakonan Bell Ngasri.\r“Selain itu, saya juga baru selesai penggambaran filem Hoore Hoore, arahan Saw Teong Hin. Dalam filem yang akan ditayangkan Februari tahun depan ini, saya beraksi di sisi Kilafairy, Akim AF, Adibah Noor, Aznil Nawawi dan ramai lagi.\r“Kadang-kadang, saya turut dipanggil menjayakan majlis sebagai pengacara. Syukurlah rezeki saya tidak putus-putus, walaupun saya pernah ditimpa masalah. Sekarang, perjalanan seni saya lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya yang sering ditemani ibu tercinta sejak bergelar artis.\rMengharapkan masa depan lebih gemilang, gadis muda ini begitu mengagumi penyanyi Indonesia, Agnes Monica kerana pencapaian seninya, kesungguhan dan kredibilitinya sebagai penghibur, serta vokalnya yang mantap.\r“Agnes kini diletakkan di dalam kelompok artis bertaraf antarabangsa, dan sudah banyak memenangi anugerah. Saya cukup meminati dirinya dan sekiranya mempunyai rezeki, saya ingin berjaya sebagai penghibur seperti Agnes. \r“Saya akan mencuba yang terbaik untuk ke arah itu, namun begitu saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang kerana tanpa sokongan ahli keluarga dan peminat, tidak mungkin saya berjaya sampai ke tahap ini,” tambahnya lagi yang turut diketengahkan menerusi pertandingan BIBH.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.485067 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list