View: 111|Reply: 0
|
'McLaren mampu kuasai baki tiga aksi'
[Copy link]
|
|
LONDON: Lewis Hamilton yakin dia dan rakan sepasukan, Jenson Button mampu menerajui McLaren untuk kemenangan satu dua pada baki tiga perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.Walaupun Red Bull mendominasi keseluruhan perlumbaan musim ini menerusi juara dua kali, Sebastian Vettel, Hamilton yakin sudah sampai masanya McLaren merakam kemenangan di India, Abu Dhabi dan Brazil.\n\n\n\n Hamilton berjaya merampas petak utama daripada Red Bull apabila mencatat masa terpantas di Grand Prix Korea, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Vettel.\n\n\n\n\n\n “Saya rasa mungkin terlalu awal untuk diperkatakan, tetapi kami sudah sedia memberi saingan pada baki tiga perlumbaan terakhir,” kata Hamilton. “Kami pantas di Singapura, Jepun dan Korea – dan corak itu akan kekal hingga ke akhir musim. Kami mempunyai kereta yang pantas dan saya yakin dapat memburu kejuaraan di India.”Button turut menyuarakan keyakinan sama menjelang aksi latihan di Litar Antarabangsa Buddh Jumaat ini. “Ini kali pertama kami berlumba di India, jadi keputusannya pasti menarik,” kata Button. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|