CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Tiada aura?

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tiada aura?Oleh Nor Hatina [email protected]/10/24\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nRupa, bakat saja belum cukupHAKIKATNYA memang mereka cantik. Kecantikan bintang filem masa kini seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisa Surihani, Nur Fazura, Fasha Sandha sehinggalah kepada Diana Danielle, memang menjadi sebutan dan sesiapa pun akan menoleh ke arah wanita ini. \n\n\n\nTidak hairanlah mereka yang berwajah jelita ini sering diberikan peranan utama, dalam filem mahupun drama dan teater. Kecantikan mereka dianggap daya penarik untuk orang datang menonton di panggung wayang atau pentas teater. Berderet filem dan drama yang dibintangi sehingga sesetengahnya diangkat seperti primadona. \n\n\n\n\n\nPrimadona? Layakkah mereka digelar sedemikian, setaraf seperti Allahyarham Saadiah, Normadiah, Siput Sarawak, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado atau sekurang-kurangnya Azean Irdawaty, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatimah dan Sofia Jane?Walaupun kekurangan dari segi teknikal dan kecanggihan peralatan perfileman, tetapi bakat pelakon yang muncul dalam filem hitam putih tidak dapat dipertikaikan meninggalkan kesan kepada peminatnya hingga hari ini.Antara contoh terbaik ialah lakonan Saadiah tatkala memegang watak Azizah dalam filem Penarik Beca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (Nora Zain - Ajen 001) dan Melor, yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut), dikenang dan pernah mengusik jiwa peminat untuk mempercayai wujud watak sedemikian rupa.Penonton bukan saja ingat nama Saadiah, tetapi juga tidak lupa dengan watak dan karakter dalam filem yang dibintanginya.\n\n\n\n Namun hari ini, dalam filem yang berwarna sepenuhnya, biarpun sudah membintangi banyak filem tetapi lakonan daripada kebanyakan pelakon kurang memberi impak kepada penonton. Penonton ke panggung seolah-olah untuk melihat kecantikan pelakon dan selepas itu mereka tidak pernah cuba mengingati watak dan kesan lakonan Erra, Lisa, Fasha atau Diana.Jurulatih lakonan yang juga aktivis teater, Fatimah Abu Bakar berpendapat, lakonan daripada pelakon wanita hari ini yang tidak memberikan impak kepada penonton kerana tiadanya sistem latihan intensif sebelum ke lokasi penggambaran, yang sepatutnya dijadikan amalan dalam industri perfileman.\"Pengarah dan produser perlu menggunakan bahan yang ada sebaik mungkin. Jika seseorang pelakon itu sudah ada pakej seperti bakat dan kecantikan, latihan sebelum menjalani penggambaran perlu dilakukan juga walaupun pelakon itu sudah biasa berlakon.\"Ibarat masakan, garam sudah ada gula sudah ada, rempah ratus sudah cukup tetapi jika tidak dimasak dengan baik, ia menjadi tidak sedap. Begitu juga pelakon. Jika sudah ada populariti, sudah ada peminat tetapi tidak menjalani latihan lakonan, maka idea yang ada pada watak yang ditangani itu terhad,\" katanya.Fatimah juga tidak menafikan, walaupun ada ramai pelakon cantik ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai aura dan karisma yang kuat untuk bertakhta kukuh di hati penonton atau peminat.Katanya, dia sendiri akur dengan kenyataan ada pelakon yang popular berlakon filem tetapi penonton hanya mengingati kecantikan pelakon itu berbanding bakat lakonan mereka.\"Saya tak nafikan ada pelakon yang kerap membintangi filem, tetapi kita tidak mahu sebaik saja keluar daripada pawagam, peminat lebih mengingati nama pelakon itu berbanding watak yang ditanganinya.\"Sebaik-baiknya, biar seseorang pelakon itu tidak diingati namanya dan jika boleh kita hanya mahu watak yang dibawa menjadi kesukaan atau kebencian penonton sebaik saja filem itu tamat ditayangkan,\" katanya yang mengakui banyak pihak yang sudah lupa asas sebuah lakonan adalah bakat dan bukan kecantikan serta populariti.Namun begitu, Fatimah tidak menafikan pengarah mahupun penerbit juga memainkan peranan penting dalam membentuk watak dan perwatakan seseorang pelakon sehingga memberikan kesan mendalam kepada penonton.\"Jika dikatakan populariti Lisa Surihani mengatasi bakatnya, dia tidak boleh dipersalahkan. Walaupun berbakat dalam lakonan, sepatutnya pengarah dan produser bertanggungjawab membentuk dirinya kerana tidak semua pelakon itu sempurna. \"Seperti yang saya beritahu, latihan mampu memantapkan lakonan,\" katanya yang melihat latihan sebelum penggambaran tidak dilakukan mungkin disebabkan kos yang meningkat. Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid, bersetuju aura yang ada pada seseorang pelakon membantu dalam mengembangkan bakat dan menjadi daya tarikan kepada peminat.“Bagi memberikan impak dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat, aura ialah perkara ajaib yang perlu ada dalam diri pelakon. Aura ini bukanlah sesuatu yang boleh dicari, tetapi datang sendiri serta tidak semua mampu memilikinya,” katanya.Pengarah dan pelakon berpengalaman, Erma Fatima juga tidak menyangkal sebahagian daripada angkatan muda yang mewarnai dunia perfileman lahir dengan bakat sebagai pelakon, tetapi mereka tidak mempunyai aura.“Saya rasa pelakon muda kita terlampau ramai. Mereka berbakat besar dan menunjukkan kesungguhan untuk berlakon. Tetapi mereka tiada aura atau tuah. Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki,” katanya yang memberitahu aura sebagai pelakon juga mampu menyerlahkan karisma seorang pelakon.Membariskan Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud, selain Sarimah serta Saadiah menjadi contoh, Erma berkata, sebagai pelakon seseorang itu bukan saja berbakat, malah harus memiliki aura yang dilihat sudah membuka ruang kepada lakonan yang hebat.“Rupa, bakat dan kesungguhan saja tidak cukup. Seperti Eman, dari segi rupa, dia sederhana saja tetapi lakonan dan aura Eman menyerlahkan karisma dirinya,” katanya sambil memberitahu Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah antara pelakon yang memiliki aura.Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059298 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list