CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3333|Reply: 1

Putera Nayef dijangka pewaris baru

[Copy link]
Post time 27-10-2011 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan Raja Abdullah penentu kestabilan politik Arab Saudi

RIYADH: Seluruh dunia kini memberi tumpuan kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi berikutan beliau dijangka menamakan  Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef sebagai pewaris baru  takhta kerajaannya,  keputusan yang dijangka menjadi penentu kestabilan politik negara pengeksport minyak terbesar dunia terbabit.

Pengebumian Putera Mahkota, Putera Sultan Abdul Aziz AsSaud   dijangka  membawa  pelantikan berprofil tinggi bagi Arab Saudi yang juga sekutu Amerika Syarikat dengan pemimpinnya  cuba mengimbangi amalan tradisi konservatif dengan keperluan ekonomi moden.“Dalam sistem politik, ini adalah  perkara  penting, tetapi sistem direka bagi  memastikan kesinambungan,” kata  Jarmo Kotilaine, ketua ekonomi  Bank Komersial Kebangsaan di Jeddah.Putera Nayef dilahirkan pada 1933,  disifatkan  liberal Arab Saudi sebagai   konservatif  dan anti-perubahan yang akan menggunakan pendekatan berhati-hati dalam perubahan sosial dan politik selain melihat dasar luar negara melalui kanta keselamatan negara.

Bagaimanapun, bekas diplomat ke Riyadh dan beberapa penganalisis berkata putera berkenaan  yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 1975 mungkin akan menunjukkan sikap pragmatik sebagai putera mahkota malah sebagai raja. – Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 11:37 PM | Show all posts
x de gambar ker....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.383511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list