Salam.
Berita baik buat peminat novel nukilan Anis Ayuni..
Novel Gemersik Kalbu(2005) bakal diadaptasikan menjadi sebuah drama yang akan disiarkan di TV3.
Eh jap jap..
asal aku formal semacam ni? Dah macam berita dunia kat tv1 je. waka waka hey ey eh
Gemersik Kalbu(GK) ni memang novel yang palinggggg aku suka antara banyak2 novel Kak Anis dan juga novel Melayu keseluruhannya.
Tahap obsessed tu aku rasa sampai aku betul2 menjiwai dan memahami perasaan karakter utama; Raihana..
Menangis u olls part Abang Wan mati lemas. Wuwuwuwuwuuuu
Berita baik ni pun dah disahkan sendirik oleh Kak Anis kat laman Facebook beliau.
Banyak komen yang aku kira memang menarik untuk dibaca dan boleh buat kita join sekaki. perghh
Antara diskusi dan isu yang paling hebat didebatkan adalah pemilihan Neelofa sebagai watak Raihana.
I mean.. COME ON la.. Neelofa jadik Raihana??
Aku memang makan hati berulam jantung sedalam dalam jantung pisang(mengaruttt)
bila dapat tau pasal ni.
Tolong lah...
Malaysia ni bukan ada sorang 2 orang je pelakon.
Takkan dalam lautan pelakon wanita yang membanjiri Malaysia ni...
Si Lofa ni je yang dorang(produksi) nampak.
Dan dan pelakon least on list aku yang pegang watak Raihana.
Raihana tu role model aku tau!
Tadi bukak page Neelofa.
Alamak... Dah terbayang bayang macam mana dia bawak watak Raihana tu nanti..
Kesetiaan Raihana pada janji cinta Wan Ariffin... Kesabaran Sufian demi cinta seorang insan bernama Raihana..
Pastu... popped-up
pooppppp
Muka Neelofa.
Demmm spoil habis
Antara pelakon lain yang diwarwarkan bakal membintangi drama GK ni adalah Aqasha dan Farahdiya..
Menurut dari komen Kak Anis, Aqasha mungkin bawak watak Abang Wan.
Farahdiya bawak watak perempuan tak tau malu, si Tasya gedik. Sepatutnya Neelofa bawak watak Tasya. Baru sesuai nak goda2 Pian. huahuahua
Overall tak boleh komen apa2 lah sebab baru nak shoot Oktober ni.
Kita tunggu dan lihat la apa jadik.
Selama ni memang aku mengharapkan GK akan jadi sebuah drama dan lebih hebat dari Nora Elena(aku tak tengok pun NE)
Tapi bila dapat tau pasal barisan pelakon, aku tak nafikan aku memang sangat kecewa.
Aku pasti ramai yang sependapat dengan aku.
Termasuk lah Kak Anis sendirik.
Sepatutnya penulis novel yang pilih karakter+tulis skrip. Ini tak..
So aku sangat2 kecewa.
Kalau...
Kalau lah kan...
Pelakon boleh rombak balik kan..
Antara pelakon yang boleh diusulkan untuk bawak watak Raihana adalah Fazura..
Yana Samsudin..
Jue Aziz..
Paling tepat dengan karakter Raihana semestinya Fazura.
Kak Anis turut mengiyakan bahawa Fazura akan bawak watak Raihana lebih berkesan dan sweet.
Tiz ngan Lisa tayah listkan lah. Dah selalu sangat. Bosan la nanti kan. Muak tau tak muak?