CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Zulfadli, Nelson-Ee Yi wira negara

[Copy link]
Post time 7-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lakar kejayaan berganda, muncul juara badminton remaja dunia di Taiwan\rMALAYSIA melakar kejayaan berganda di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, semalam apabila Zulfadli Zulkifli dan Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi menghadiahkan negara pingat kejuaraan acara perseorangan dan beregu lelaki.\r\n\n\n\n\r   Zulfadli, 18, yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia di Lucknow, India Julai lalu, melakar satu lagi sejarah baru apabila muncul pemain pertama negara memenangi gelaran perseorangan lelaki remaja dunia  selepas menewaskan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen. \r\r\n\n\n\n\n  Pemain kelab profesional KLRC itu yang juga pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun diheret bertarung dalam tiga set terlebih dulu sebelum mencatat kemenangan dengan keputusan 21-18, 9-21, 21-19 dalam masa 50 minit.\r“Saya amat gembira dan kejuaraan ini cukup manis untuk menamatkan kempen terakhir saya bagi kejohanan remaja dunia,” kata Zulfadli yang mulanya sekadar mensasarkan kemaraan ke final kejohanan itu.\r“Atas kertas, semua orang ramalkan dia (Axelsen) bakal menang berdasarkan ranking dan kedudukannya selaku pilihan utama, namun saya fokus dengan permainan sendiri dan berusaha mencari kemenangan. Alhamdulillah, saya berjaya.”   \rZulfadli adalah pemain negara ketiga layak ke final kejohanan selepas Yeoh Kay Bin pada 1998 dan Iskandar Zulkarnain Zainanuddin pada 2009, yang hanya sekadar muncul naib juara selepas masing-masing tewas kepada pemain China, Chen Gan dan Tian Houwei.\r\n\n\n\n\rKemenangan semalam juga adalah kejayaan kali kedua Zulfadli menewaskan Axelsen dalam dua pertemuan antara mereka setakat ini selepas menewaskan lawannya itu pada satu kejohanan badminton remaja di Sweden pada 2005.\rSementara itu, Nelson-Ee Yi yang juga naib juara beregu lelaki tahun lalu memastikan kejuaraan selepas menewaskan pemain tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dengan keputusan 21-17, 21-17 dalam masa hanya 37 minit, sekali gus mengekalkan dominasi negara dalam acara itu sejak 2008.\rMalaysia memenangi kejuaraan beregu lelaki kejohanan itu di Pune, India pada 2008 menerusi Mak Hee Chun-Teo Kok Siang, manakala Yao Han-Chooi Kah Ming menjuarainya di Alor Setar pada 2009, diikuti Yao Han-Hong Kheng yang memenanginya di Mexico City tahun lalu.\rKEPUTUSAN FINAL\rPERSEORANGAN LELAKI\rZulfadli Zulkifli (MAS) mn Viktor Axelsen (DEN) 21-18, 9-21, 21-19\rBEREGU LELAKI\rNelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi (MAS) mn Po Jui Huang/Chia Yu Lin (TPE) 21-17, 21-17\rPERSEORANGAN WANITA\rInthanon Ratchanok (THA) mn Purwaningtyas Elisabeth (INA) 21-6, 18-21, 21-13\rBeregu wanita \rLee So Hee/Shin Seung Chan (KOR) mn Shella Devi Aulia/Anggia Shitta Awanda (INA) 21-16, 13-21, 21-9\rBEREGU CAMPURAN\rAlfian Eko Prasetya/Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mn Ronald Alexander/Nuraidah Tiara Rosalia (INA) 12-21, 21-17, 25-23\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038172 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list