|
DALAM usaha memperkenalkan kepelbagaian juadah yang unik dalam dan luar negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengajian Umum menganjurkan Pesta Juadah Antarabangsa 2011, di kampusnya di Bangi, baru-baru ini.\rProgram dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah UKM itu disertai pelajar daripada 22 negara antaranya Indonesia, Arab Saudi, Jordan, Bosnia, Palestin, Bangladesh, India, China, Iran, Sri Lanka, Brunei dan Belanda.\r\n\n\n\n\r Pengarah Pusat Pengajian Umum UKM, Prof Dr Khairul Anwar Mastor, berkata Pesta Juadah Antarabangsa itu adalah acara tahunan dan masuk tahun ketiga.\r\r\n\n\n\n\n “Sebelum ini kita hanya tumpukan pada makanan saja, tetapi kali ini aktiviti diperluaskan lagi dengan memperkenalkan kebudayaan yang dimiliki negara mengambil bahagian seperti tarian.\r“Program bertujuan memberi peluang pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di UKM memperkenalkan kebudayaan mereka terutama makanan kepada masyarakat tempatan.\r“Pada masa sama, pelajar tempatan berpeluang memperkenalkan makanan dan kepelbagaian budaya kepada penuntut antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan.\rHadir sama, Pengarah Program, Prof Madya Dr Fazilah Idris.\r\n\n\n\n\rSempena program itu, Indonesia dipilih sebagai pemenang bagi Gerai Terbaik manakala China pula dinobatkan juara kategori Pameran Terbaik.\rSementara itu, peserta program yang ditemui, Elvedina dari Bosnia berkata dia seronok kerana berpeluang menyertai pesta yang sekali gus memperkenalkan makanan tradisi negaranya.\r“Sempena program ini, pengunjung dapat merasa makanan yang dikenali sebagai ‘sarma’ iaitu daging dan nasi yang dibungkus dengan kubis. Ia adalah makanan tradisional masyarakat di negaranya,” katanya.\rPeserta dari Brunei, Masrahayu Masri, pula berpendapat program berkenaan memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dengan pengunjung apabila memberikan penerangan mengenai makanan yang disajikan.\r“Juadah yang unik dari Brunei ialah `cacah ambuyat’ dibuat menggunakan tepung sagu dan dicicah pencicah yang ada rasa masam atau pedas,” katanya.\rPeserta yang mewakili Malaysia, Norhafiza Harif, berkata program itu memberi peluang kepadanya mencuba banyak makanan baru yang selama ini tidak pernah dirasa.\r“Kali ini ramai yang tertunggu menu nasi arab. Hidangan dari Malaysia seperti nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang dan kuih tradisional seperti bahulu juga turut mendapat sambutan pengunjung,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|