CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

‘Sengaja diada-adakan’

[Copy link]
Post time 11-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MASALAH sekatan terhadap peluru skuad menembak negara yang tidak dibenarkan \'terbang\' bersama mereka ke Palembang, mungkin sengaja diada-adakan bagi menjejaskan tumpuan dan peluang penembak negara.\rIni berikutan kontingen negara lain tidak menghadapi masalah serupa membawa bersama peluru menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan mereka.\r\n\n\n\n\r   \"Kontinjen menembak negara lain tidak hadapi masalah seperti kita, kerana mereka gunakan khidmat kargo syarikat penerbangan kebangsaan mereka, walaupun sebahagian turut menggunakan khidmat penerbangan rasmi, Garuda Indonesia dari Jakarta ke Palembang,\" kata pengurus pasukan, Muzli Mustakim ketika ditemui semasa sesi latihan skuad negara semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Skuad menembak negara tidak dapat terbang ke Palembang bersama peluru berikutan kerenah pihak penerbangan Garuda Indonesia yang mahukan surat daripada kilang pembuat peluru bagi membolehkannya dibawa terbang bersama mereka.\rEkoran itu, semalam skuad menembak negara terpaksa mengeluarkan wang  sendiri kira-kira RM1,500 bagi membeli 600 butir peluru .32 dan .22 untuk latihan.\rMuzli berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sudah cuba mendapatkan surat daripada kilang pengeluar peluru terbabit dan sekiranya usaha itu gagal, kontinjen menembak negara dijangka terpaksa membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk membeli peluru bagi kegunaan sepanjang temasya termasuk untuk pertandingan.\r\"Kita pernah berdepan masalah seperti ini ketika Sukan SEA Vietnam 2003. Waktu itu kita juga gunakan penerbangan rasmi Vietnam Airlines dan kemudian terpaksa membuat penghantaran senapang menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS),\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.363315 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list