CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Bakhil, boros sifat tercela di sisi Islam

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASATIYAH bererti pertengahan menjurus kepada pembentukan sikap, tindakan dan amalan yang tidak radikal dan melampaui batas dalam semua keadaan terangkum dalam kehidupan. Kedudukan pertengahan banyak memperoleh kebaikan kerana berada di tengah-tengah.\rContohnya, keberanian adalah kebaikan tetapi jika berlebihan ia menjadi sombong dan bongkak. Sebaliknya jika berkurangan ia menjadi penakut.\r\n\n\n\n\rBegitu halnya dengan sifat yakin kepada diri sendiri di mana kelebihannya dapat membantu individu berkaitan melakukan sesuatu dengan sepenuh tumpuan tetapi jika berlebihan akan menjadi riak dan apabila berkurangan menjadi lemah diri.\r\r\n\n\n\n\nSementara sifat pemurah berada di antara bakhil dan boros. Bakhil dan boros disifatkan sebagai  buruk yang tercela. \rAllah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah tangan kamu terbelenggu pada lehermu (kedekut) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), nescaya kamu akan tercela dan menyesal.”  (Surah al-Isra’, ayat 29)\rBerkaitan solat, Rasulullah SAW memberi garis panduan kaedah mengeluarkan suara supaya pada tahap pertengahan antara keras dan merendah. \rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya.” \r\n\n\n\n\rMengenali umat pertengahan akan menjuruskan kita pada kedudukan diiktiraf Allah sebagai umat terbaik, sederhana dan adil. Apa yang nyata, sebagai umat pertengahan tentu mempunyai sifat khusus yang tidak dimiliki umat lain.\rAl-Quran mengesahkan pemilihan umat Islam sebagai umat pertengahan dijadikan contoh kepada yang lain. \rFirman Allah yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat pertengahan (umat pilihan dan adil) supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan supaya Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)\rPendekatan bersederhana melahirkan peradaban besar dengan spektrum luar biasa hinggakan Islam mampu menguasai dunia. \rPada masa sama, Islam tetap menentang sikap melampau dalam apa bentuk sekalipun.\rSikap melampau boleh menimbulkan kesan negatif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara dengan pandangan pesimis hingga boleh menggugat pengiktirafan umat pertengahan yang sewajarnya dijadikan contoh kepada generasi massa hari ini.\rEkstremisme adalah jelmaan sikap anti-kesederhanaan yang tidak mendapat tempat dalam norma, doktrin, wacana dan praktik Islam. Sifat melampau seperti ini sememangnya menjadi musuh yang ditentang Islam.\rAllah berfirman  bermaksud: “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah, ayat 77)\rTidak dinafikan manusia sememangnya mempunyai keinginan tanpa batas. Mereka sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang diperoleh lantas menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa dimiliki.\rRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (yakni mati) dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ahmad) \rJusteru, jihad melawan nafsu adalah jihad yang besar. Golongan mengutamakan nafsu suka bertindak secara berlebihan dan melampaui batas.\rIlmuwan terkemuka Islam , Sheikh Abu Al-Hassan Al-Nadwi berkata: “Tidak dapat diragukan bahawa radikalisme, ekstremisme, kesempitan dan ketegaran memang wujud. Ini adalah realiti.”\rMemahami Islam secara pertengahan sememangnya tidak bersifat liberal dan radikal hingga berkeupayaan membantu penyebaran rahmatnya ke seluruh dunia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list