CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Iqra: Pendedahan mengenai dunia tasawuf

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Judul: Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi\rPenulis: Yusri Abd Karim\rPenerbit: Yamani Angle Sdn Bhd\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM25\r\r\n\n\n\n\nUMUMNYA tuntutan pelaksanaan ajaran agama didasarkan kepada dua perkara iaitu melaksanakan hal yang diwajibkan serta menjauhi perkara dilarang. Kesatuan inilah yang mesti menjadi sandaran setiap Muslim.\rSesiapa menyalahi dua ketentuan ini, telah keluar dari landasan kebenaran. \rTidak dibenarkan seseorang memperbanyakkan pekerjaan sunat jika lalai melaksanakan pekerjaan yang wajib kerana yang sunat tidak berdosa jika tidak dikerjakan.\rSementara hal yang wajib menjadi kemestian mengerjakannya dan berdosa jika ditinggalkan. Oleh itu, bagi yang ingin meningkatkan kualiti takwa maka hendaklah memenuhi kewajipan mempelajari serta mengetahui perkara wajib dan yang dilarang.\rOleh itu, tidak terdapat seorang sufi yang tidak mengetahui ilmu agama sebaliknya sufi sejati ialah ulama dan fuqaha yang gigih membela kemurnian syariat, menyatukan antara ilmu dengan amal. Itulah sebenarnya asas kepada ajaran tasawuf.\rMalangnya, ramai tidak memahami dasar ilmu tasawuf menyebabkan wujud salah faham terhadap golongan sufi. Ini ditambah pula dengan wujudnya pihak yang mengambil kesempatan memanipulasi kedudukan golongan itu dengan memberi maklumat salah untuk kepentingan diri sendiri.\rBuku Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi memberi penjelasan terperinci mengenai definisi ilmu tasawuf serta pendedahan dunia tasawuf untuk pengetahuan mereka yang bercadang meneroka alam tasawuf.\rGambaran jelas penting supaya mereka dapat mempersiapkan diri dengan ilmu yang mantap khususnya dalam ilmu syariat dan akidah sebagai benteng kukuh berdepan penyelewengan dunia tasawuf.\rBermula bab sejarah kewujudan tasawuf, buku setebal 276 halaman itu membawa pembaca memahami landasan ajaran tasawuf, ilmu dan amalan secara berperingkat selain mendedahkan kekeliruan membabitkan ilmu itu.\rKaum sufi membangun keyakinan atas akidah Rasulullah SAW, ketauhidan berlandaskan al-Quran dan sunnah serta menghindari bidaah yang menyesatkan.\rMereka yakin kepada kebenaran disepakati ulama Salaf dan Ahlussunnag secara keseluruhan.\rDalam akidah mereka tidak ada unsur penyerupaan Allah dengan makhluk, tidak menafikan sifat Allah, menghindari sikap berlebihan dalam urusan agama selain memahami sepenuhnya sifat wajib dan mustahil bagi Allah.\rAkhir-akhir ini ada mengaku dirinya sufi dan sudah mencapai makam tertentu. Disebabkan itu menjadi kewajipan kita memahami ilmu tasawuf sebenar supaya tidak tertipu seterusnya disesatkan kerana tidak ada jalan pintas untuk mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.180084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list