CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Malam Puisi Riong BH-ITNM

[Copy link]
Post time 16-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAM Puisi Riong anjuran bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Berita Harian (BH), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Istana Budaya (IB) dijadualkan berlangsung pada 3 Disember ini bertempat di Laman Beringin, IB.\rPengarah Urusan (ITNM), Mohd Khair Ngadiron berkata, acara kali ini akan mengekalkan konsep santai seperti yang pernah dilaksanakan dalam edisi Malam Puisi Riong BH-ITNM-IB pada tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“Konsep santai akan dikekalkan bagi menarik perhatian semua khalayak khususnya mereka yang tidak biasa dengan genre puisi agar sama-sama dapat menghayatinya,” katanya pada mesyuarat hampir sejam di Balai Berita, Kuala Lumpur baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\nHadir sama pada mesyuarat terbabit ialah Editor Sastera Berita Harian, Salbiah Ani; Pengurus Kanan Jabatan Korporat ITNM, Siti Rafiah Sulaiman; Eksekutif Kanan Unit Perhubungan Awam ITNM, Mohd Khairulanuar Manshor dan Eksekutif Perhubungan Awam ITNM, Norzaiti Abdul Talib.\rMesyuarat itu bersetuju menjemput beberapa penyair mapan dan muda yang akan digabungkan dengan artis popular serta yang sedang melakar nama bagi memastikan Malam Puisi Riong BH-ITNM dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.\rAntara yang akan memeriahkan program terbabit ialah Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2007, 2005, 1989, 2010 dan 2011, Prof Dr Rahman Shaari, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr Siti Zainon Ismail, Dr Saleeh Rahamad, Zaen Kasturi dan SM Zakir, manakala IB akan diwakili Rahimidin Zahari.\rKalangan artis yang akan turut menjayakan Malam Puisi Riong BH-ITNM-PENA-IB ialah Nora, Aizat Amdan, Taheera Rosheena Mohamed dan kumpulan Dewangga Sakti, manakala personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya akan dijemput bagi mengacarakan majlis.\r\n\n\n\n\rBagi memberikan sedikit kelainan dalam Malam Puisi Riong ITNM-BH-PENA-IB, dua pelajar asing yang sedang mengikuti Jurusan Bahasa Melayu di negara ini, Yukari dari Jepun dan Choo Min Sung dari Korea Selatan akan dijemput mendeklamasikan puisi.\r“Dua pelajar ini akan dijemput sebagai deklamator khas bagi memberi variasi kepada penyampaian puisi pada acara itu nanti. Kami juga akan berusaha mendapatkan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar untuk beraksi di pentas puisi,” katanya.\rKhir juga akan beraksi pada malam terbabit di samping Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.365332 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list