View: 141|Reply: 0
|
Hanya perak kerana gemuruh
[Copy link]
|
|
PERASAAN gemuruh menghantui Nurul Syafiqah Hashim menyebabkan impian skuad memanah negara untuk menuai pingat emas acara recurve campuran tidak kesampaian di Jakarta, semalam.\rPemanah berusia 17 tahun yang tampil beraksi kali pertama pada temasya ini bergandingan dengan Cheng Chu Sian gagal mengawal diri pada detik penting apabila sekadar membidik enam mata.\r\n\n\n\n\r Kegagalan pemanah yang sudah layak beraksi ke Sukan Olimpik itu membidik tepat membolehkan pasangan tuan rumah, Riau Ega Agata Salsabila-Erwina Safitri melompat kegembiraan apabila memenangi pertarungan final 137-133 untuk meraih emas.\r\r\n\n\n\n\n “Ini adalah pingat pertama saya, tetapi sayang ia bukan emas. Saya agak gugup dan saya tidak tahu mengapa. Mungkin saya tertekan dan gugup menyebabkan bidikan terakhir itu tersasar,” katanya. \rChu Sian yang terlepas untuk menang emas ketiga berkata: “Mungkin bukan rezeki saya. Saya tidak mahu menyalahkan dia. Lagi pun, acara ini tidak perlu strategi, tetapi apa yang penting adalah membuat bidikan tepat.”\rHajat menyaksikan pasangan campuran compound, Zaki Mahazan-Fatin Nurfatehah Mat Salleh menebus kekecewaan turut berakhir apabila tewas kepada pasangan Myanmar 150-146 di final. Skuad negara mengakhiri cabaran dengan memungut dua emas, lima perak dan satu gangsa.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|