CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

'Tiada maaf bagi mu, PSM'

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya: Ahmad Shabery\r\'DOSA\' yang dilakukan sepak takraw pada temasya kali ini pasti sukar \'diampunkan\'.\r\n\n\n\n\r  Itulah isyarat yang diberi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam yang memberi bayangan peruntukan yang akan disalurkan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mungkin dipotong.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya tidak mempunyai kapasiti untuk meminta pemimpin PSM meletak jawatan, tetapi mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemerosotan sukan itu.\r“Mengapa begitu merosot dan kajian perlu dijalankan. Kita juga akan mengkaji sama ada wajar kita perlu menambah atau mengurangkan peruntukan sedangkan prestasi mereka semakin merudum.\r“Kajian ini juga bukan membabitkan sepak takraw, tetapi semua sukan yang gagal menyerlah selepas berakhir temasya ini,” katanya.\rSkuad sepak takraw yang mendapat khidmat dua perunding dari Thailand bagi menghadapi temasya kali ini gagal menyerlah apabila tewas kepada tuan rumah, Indonesia dalam acara regu dan berpasukan.\r\n\n\n\n\rKekalahan itu gagal menepati sasaran Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini mensasarkan skuad negara mampu memenangi sebutir emas.\rMalah, Ahmad sebelum ini berjanji untuk meletak jawatan selepas kegagalan di Sukan Asia 2010, tetapi menarik balik janjinya itu dengan alasan yang sudah dijangka iaitu Majlis PSM menolak peletakan jawatannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list