View: 143|Reply: 0
|
Mereka lakukan, bukan saya: Pep
[Copy link]
|
|
MILAN: Pep Guardiola percaya dia hanya menyumbang sebahagian kecil kejayaan Barcelona sekalipun menjuarai tiga gelaran La Liga Sepanyol, Piala Sepanyol dan Kelab Dunia serta menjulang dua trofi Liga Juara Eropah sepanjang tiga musim sebagai jurulatih.\r“Barisan pemain yang peminat mahu saksikan yang memenangi perlawanan,” kata Guardiola selepas barisan didiknya menumbangkan gergasi Itali, AC Milan 3-2 dalam kempen Liga Juara Eropah, kelmarin. \r\n\n\n\n \r “Saya cuma membantu dengan menunjukkan siapa lawan dan memberitahu mereka bagaimana boleh memusnahkan lawan mereka. Kemudian, saya hanya menyuruh mereka keluar dan bermain, itulah tugas saya.”\r\r\n\n\n\n\n Guardiola berkata, dia sudah memenangi 12 daripada 15 kejohanan yang disertai Barcelona termasuk kejohanan seperti Supercup yang hanya membabitkan satu perlawanan. \r“Hanya satu yang pasti ialah saya tidak akan mampu melakukannya dengan barisan pemain berbeza. Namun sama ada pemain yang sama ketika ini mampu melakukan perkara sama dengan jurulatih lain, itu saya tidak tahu.”\rGuardiola turut membuat kejutan apabila menjelaskan keutamaannya tahun ini adalah untuk menjuarai Kejuaraan Kelab Dunia di Jepun, kejohanan yang kurang diberi perhatian di Eropah. “Apa yang kami lakukan beberapa minggu selepas ini adalah bersedia sebaik mungkin untuk Kejuaraan Kelab Dunia. Kami benar-benar ingin memenanginya, itulah keutamaan kami beberapa minggu ini.” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|