|
PENANTIAN Kelab Diraja Selangor (RSC) selama 39 tahun berakhir apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Jonah Jones ke-48 2011 yang berakhir di padang anjung kelab berkenaan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.\rRSC yang kali terakhir menjuarai kejohanan pada 1972, membariskan kebanyakan pemain luar negara yang berkhidmat di negara ini untuk menumpaskan pasukan pilihan utama kejohanan tertua di negara ini, Lions Hong Kong 26-15.\r\n\n\n\n\r Dengan persiapan rapi lebih dua bulan dan dengan kehadiran antaranya pemain berasal dari Perancis, Scotland, Austria dan Thailand, RSC menguasai permainan untuk mendahului 21-5 pada babak pertama.\r\r\n\n\n\n\n Lions yang dibarisi pemain pelapis Hong Kong bangkit pada babak kedua dengan cuba mengatasi pasukan tuan rumah namun pertahanan RSC terlalu kebal untuk ditembusi. Bagaimanapun mereka berjaya merapatkan jurang melalui dua try pada babak kedua dengan RSC menambah satu try lagi untuk keputusan 26-15.\r“Keadaan padang basah banyak membantu kami mengharungi saingan dari awal kejohanan sehingga akhir tanpa sebarang kekalahan,” kata pengurus pasukan Diego Mayo dari Columbia.\rJurulatih RSC, Micheal Lai berkata dia gembira latihan selama lebih dua bulan berbaloi dan kejayaan itu satu kenangan manis setelah 26 tahun menjadi jurulatih pasukan.\rSebelum ke akhir RSC mengetepikan cabaran Asas Rugby, 19-0 sementara Lions pula mengecewakan Cobra, 19-12.\r\n\n\n\n\rKejayaan RSC turut dikongsi bersama oleh pasukan wanitanya, RSC Dingoes yang muncul juara setelah menumpaskan pasukan Hong Kong Development 15-5. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|