View: 132|Reply: 0
|
Penyelesaian isu wanita mesti selari kehendak syarak
[Copy link]
|
|
PISWI berdialog tangani kekeliruan, pastikan hujah tidak menyimpang ajaran IslamBANYAK isu semasa membabitkan wanita Islam tidak dapat ditangani dengan baik disebabkan pelbagai faktor, antaranya kurang kefahaman terhadap sesuatu isu kerana tiada penjelasan terperinci mengenainya diberikan.\rMelihat kepada keperluan isu semasa itu diperjelaskan bagi kepentingan semua pihak, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-87 yang bersidang pada Jun 2009 bersetuju menubuhkan kumpulan pakar berperanan memberi penjelasan secara ilmiah berkaitan isu semasa kepada masyarakat.\r\n\n\n\n\rBerbekalkan visi memartabatkan wanita Islam, jawatankuasa yang dinamakan Panel Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) ditubuhkan untuk menjana pemikiran serta merancang strategi meningkatkan kesedaran hak dan tanggungjawab wanita dalam kerangka Islam.\r\r\n\n\n\n\nPanel itu juga bertanggungjawab mengenal pasti dan memperbetulkan salah faham serta kekeliruan mengenai wanita selain menasihati pembuat dasar atau pihak terbabit dengan isu semasa berkaitan wanita dan Islam.\rAhli jawatankuasa PISWI dilantik setiap dua tahun sekali berdasarkan sumbangan kepakaran dan pembabitan mereka dalam bidang berkaitan. Ahli yang dilantik perlu memberi komitmen yang jitu dalam memastikan objektif penubuhan PISWI tercapai.\rPengerusi PISWI yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin, berkata panel itu mengambil pendekatan memurnikan pandangan yang bertentangan dengan Islam secara diplomasi dan bergerak atas dasar berdialog.\rKatanya, sebagai badan pemikir, PISWI mengenal pasti isu semasa berkaitan wanita dan Islam yang dibangkitkan atau dilontarkan melalui pelbagai saluran yang kemudian dirujuk kepada pihak tertentu untuk dibincang seterusnya diselaraskan.\r\n\n\n\n\r“Keterbukaan pemikiran tanpa had ada kala mendorong sesetengah pihak mengeluarkan pendapat yang menimbulkan kekeliruan serta keresahan khususnya isu berkaitan wanita dan hukum Islam. Ada pendapat tidak bersandarkan sumber hukum sahih sebaliknya dilihat lebih liberal pada isu tertentu.\r“Oleh itu, kita memerlukan pertemuan dan perbincangan oleh pakar dalam bidang tertentu bagi memperbetulkan setiap kelemahan pemikiran atau hujah dikemukakan agar tidak menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.\r“Maklumat yang dikumpul berserta fakta lengkap akan disalurkan kepada pihak berkenaan supaya tindakan susulan dapat diambil dan isu dibangkitkan ditangani sebaiknya. Matlamat kita jelas iaitu untuk memperbetulkan salah faham dan kekeliruan berhubung Islam dan wanita,” katanya.\rBeliau yang ditemui pada Persidangan Meja Bulat PISWI baru-baru ini berkata, panel berkenaan akan menggunakan saluran media, penulisan ilmiah dan penganjuran program bersesuaian bagi menyampaikan maklumat betul kepada masyarakat.\rPISWI yang turut ditugaskan memantau dan mencadangkan tindakan bagi menangani salam faham dalam masyarakat diperkukuhkan enam jawatankuasa pemikir terdiri daripada jawatankuasa pemikir Penyelidikan dan Pusat Sumber; Dasar; Sosial; Undang-undang; Media serta Pembangunan Insan.\rDr Zaleha berkata, hasil daripada perbincangan meja bulat disertai jawatankuasa pemikir PISWI, bersetuju menetapkan beberapa pelan tindakan yang bakal dirancang serta dilaksanakan sehingga Mei 2011.\rAntara isu menjadi kebimbangan kerana membabitkan kepentingan wanita secara khusus dibentangkan termasuk kes nikah sindiket, nafkah anak, pembuangan bayi, literasi undang-undang dan kefahaman hukum syarak.\rKatanya, panel yang bersidang menetapkan enam pelan tindakan iaitu menangani isu sosial berpaksikan fahaman liberalisme dan memanfaatkan mekanisme perundangan untuk mencegah, mengawal, menyelesaikan serta mendidik masyarakat mengenai sesuatu bertentangan nilai Islam.\rMengembalikan peranan wanita dengan meletakkan garis panduan bertindak sejajar syariat Islam, memberi nasihat berdasarkan maklumat yang tepat dan betul, memantau, menyalur dan menyebar luas maklumat berkaitan isu penting wanita Islam kepada umum, menginsankan generasi Islam hari ini dan akan datang dengan menyusun program pembangunan insan di semua peringkat termasuk pendidikan dan persatuan.\r“Bersandarkan kepada pelan tindakan ini, PISWI berharap dapat memainkan peranan besar untuk memastikan isu semasa wanita bergerak selari dengan kehendak syarak kerana jika setiap masalah diketengahkan menurut prinsip Islam, kita yakin dapat menjaga kemuliaan wanita.\r“Keutamaan kita ialah memperbetulkan salah faham dan kekeliruan dengan matlamat mengharmonikan hubungan gender. Sebab itu pendekatan kita untuk memurnikan pandangan supaya salah faham dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|