CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Disiplin diri

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SK Sungai Serai anjur perkhemahan unit beruniform\rSERAMAI 96 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai menyahut cabaran menyertai Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2011.\r\n\n\n\n\r  Program tiga hari berlangsung di sekolah berkenaan baru-baru ini, mewakili unit beruniform yang terdapat di sekolah ini. \r\r\n\n\n\n\n  Guru Besar sekolah berkenaan, Dr Nazirah Mohd Nordin, berkata program anjuran Unit Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertujuan memupuk semangat setia kawan, kerjasama, kepimpinan dan kecekalan serta membentuk jati diri dalam kalangan peserta.\rProgram seumpama itu kata beliau, harus dijadikan aktiviti kegemaran murid kerana dengan menyertainya mereka dapat melatih diri untuk lebih berdikari dan berdaya saing.\rKatanya lagi, sepanjang program berlangsung, peserta dilatih supaya lebih berdisiplin, menepati masa serta melaksanakan setiap arahan ketua dalam kumpulan.\r“Disiplin yang tinggi dalam diri menghasilkan keputusan akademik yang cemerlang,” katanya pada majlis perasmian dan penutup program berkenaan.\r\n\n\n\n\rPenyelaras program, Mohamad Norizam Alias, berkata penganjuran program bertujuan memberi peluang murid mencabar diri dalam mengharungi aktiviti yang disediakan. \rBeliau berkata, program ini bukan saja mencabar mental dan fizikal peserta, malah turut meningkatkan daya saing mereka untuk terus gigih berusaha.\rSeorang peserta, murid Tahun Enam, Mohd Taufik Mohd Arif, berkata dia dan rakan begitu seronok mengikuti program ini.\r“Sebagai pengawas dan ahli pengakap di sekolah, dia teruja mengikuti program berkenaan kerana dapat bekerja dalam satu pasukan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.227445 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list