CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 1

Cinta bukan tiket gadai maruah

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Remaja mesti bijak jaga penampilan elak digoda lelaki\rPENGUMUMAN di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu. Fokus kita bukan sekadar menyalahkan  remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana  wanita begitu mudah terpedaya pujuk rayu lelaki.\r\n\n\n\n\rMereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi jelas bagi kita. \r\r\n\n\n\n\nFirman Allah bermaksud: “Jangan kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.” (Surah al-Israk, ayat 31). Menariknya, ayat berkenaan pengharaman membunuh ataupun membuang anak itu diiringi ayat yang menghalang zina. \rAyat berikut dalam surah yang sama bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32) \rKesinambungan ayat ini menggambarkan cara Islam yang menitikberatkan  mencegah lebih baik daripada merawat. Namun, jika ditanya kepada si pelaku, adakah mereka tidak mengetahui pengharaman zina? Jawapan yang pasti ialah mereka mengetahui hukumnya. Namun, nafsu sudah menguasai diri dan lebih kuat dalam menolak wahyu. \rSebelum menuding jari ke pihak lain, remaja perempuan perlu mengetahui sifat mereka dari segi fizikal dan jiwa yang berbeza. Antara sifat wanita yang banyak dipergunakan lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal mereka.\r\n\n\n\rBegitu juga naluri cinta dan setia serta kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap pasangan membuatkan wanita mudah terpedaya. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum bersahabat dengan lelaki walau apa saja latar belakang mereka.\rIslam tidak membezakan  lelaki  baik atau tidak, tetapi  menjelaskan bagaimana wanita dapat menghindari gangguan lelaki dengan menjaga penampilan diri.\rFirman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59). \rAyat ini memberi panduan kepada wanita menjaga penampilan supaya menutup aurat yang secara tidak langsung memberi gambaran kepada lelaki mereka wanita baik dan sukar digoda. Ayat ini juga antara janji Allah SWT bahkan syarat pertama bagi wanita mengawal daripada diganggu.\rIslam menitikberatkan tanggungjawab bapa  mengawal anak gadis. Kaedah mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza. Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga.” (Hadis riwayat Tirmizi) \rSyeikh Jamal Abdurrahman dalam kitabnya Athfal Muslimin Kaifa Rabbahum an-Nabiyyu al-Amin, menyatakan Nabi SAW melarang anak berusia 10 tahun  tidur bersama dalam satu selimut dan dipisahkan tempat tidur mereka.\rAyah juga perlu menjadi tempat bermanja bagi anak perempuan untuk mengelak mereka menagih kasih lelaki bukan mahram. Contohi saja kemesraan Nabi SAW dengan puteri kesayangannya, Fatimah.\rWalaupun Rasulullah SAW   mesra dan cinta kepada anaknya, kecintaan itu tidak menjadikan Baginda mengambil mudah terhadap tanggungjawab  anak. Baginda mendidik Fatimah mengikat tali hubungan yang utuh dengan Allah SWT bersesuaian manfaat agamanya.\rSejarah Islam juga menunjukkan tanggungjawab menjaga   anak perempuan terletak di bahu abang atau saudara lelaki. Malangnya,  hari ini, abang atau saudara lelaki yang membuka ruang untuk adik  mereka diganggu. Selain menjaga diri, ibu dan ayah, lelaki bertanggungjawab menjaga anak atau adik perempuan. Setiap manusia  akan ditanya Allah sejauh mana mereka memenuhi amanah itu.\rPenulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 10:18 AM | Show all posts
zaman skang ni.... lu pikir la sendiri... tak kan asyik org je nk ingat kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089392 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list