CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Malam Puisi Riong gempak

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyair, penyanyi, khalayak dan penganjur puas dapat tarik khalayakHUJAN lebat yang membasahi Laman Beringin, Istana Budaya (IB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, adalah rahmat pada Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)- IB-Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang berlangsung Sabtu lalu.\n\n\n\nProgram Sabtu lalu yang menjadi penutup Malam Puisi Riong pada tahun ini selepas enam kali berlangsung sepanjang tahun menarik lebih 1000 pencinta puisi tanah air untuk membanjiri Laman Sari bagi menyaksikan deklamasi dan lagu puisi oleh penyair dan artis popular tanah air.\n\n\n\n\nAcara yang dimulakan pada jam 8.45 malam sebaik hujan berhenti seolah-olah belum puas dihayati apabila khalayak terus membanjiri di Laman Sari meskipun jam sudah menunjukkan jam 10.30 malam tanda acara sudah menutup tirai.Kehadiran seisi keluarga, kumpulan pelajar sekolah dan penuntut universiti di samping kalangan orang sastera memberi kepuasan penuh makna kepada penganjur BH, ITNM, IB dan PENA kerana setidak-tidaknya ia membuktikan puisi masih mendapat tempat dalam hati sesetengah masyarakat.Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron, membuka gelanggang malam bertema Apresiasi Ilmu dan Kreativiti dengan deklamasi puisi ciptaannya yang diberi judul pada saat akhir, Kemaafan yang  mengajak masyarakat melupakan persengketaan demi menyemarakkan perpaduan sejagat.Andai kata dibalas kata\n\n\nKalau batu dibaling batuJika api disiram apiPabila fitnah dihambur fitnahParahlah, hasrat sedarahRosaklah, jemaah seibadahKaramlah, perpaduan sesejarah.Kebijaksanaan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, mengemudi acara sambil rajin mengusik khalayak dengan gurauan nakalnya menyebabkan mereka terus terpaku di kerusi hingga ke penghujung acara.Malah, Ahmad Fedtri sempat menyampaikan puisi berbaur sindiran dan nasihat lewat, Tangan Siapa  yang mengisahkan kerakusan manusia pada zaman serba canggih ini, seolah-olah berlumba-lumba melakukan kejahatan tanpa gentar pada dosa dan hari kebangkitan.Barangkali tangan ituPernah mencederakan seorang ibu tua yang tidak berhartaBarangkali tangan ituPernah menetak seorang warga yang tidur di rumah banglo mewahBarangkali tangan ituPernah merampas kalung emas si anak kecil di kesesakan karnival Barangkali tangan ituPernah berjabat setelah tangan penuh dengan lumpur dosa rasuah.Meneruskan pengisian penuh makna acara puisi pada malam itu ialah Pengarang Kumpulan BH/BM, Datuk Mior Kamarul Shahid yang lantang menyuarakan isi hatinya mengenai ragam manusia menerusi puisinya, Dari Tingkap Ini yang dibaca melalui telefon genggamnya, Blackberry.Dari tingkap ini, aku melihat telatah manusia.Yang tidak pernah bersetuju mengenai segala-galanya.Mungkin ini sebabnya manusia berbeza rupa, tinggi dan rendah tidak sekata dan berlainan warna.Semalam, dari tingkap yang sama aku melihat seseorang wanita menangis tanpa henti.Aku berdiri di tingkap inimenyaksikan hujung jalan sana.Penampilan penyair wanita yang menggondol Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2004, Dr Zurinah Hassan, dengan gurindam ciptaannya, Cerita di Musim Raya, menyebabkan kebanyakan khalayak tersenyum sendiri mendengar gurauan sinis yang dipersembah malam itu.Main mercun putus jariKemalangan maut setiap hariApakah ini budaya dan tradisiBangsaku memusnahkan diri sendiri.Demikianlah tuan celoteh sayaSemoga tuan tambah ceriaPuas sudah berhari rayaKita tunggu pilihan raya.Khalayak pada malam itu turut terpana ketika menyaksikan nyanyian lagu puisi oleh Kumpulan Dewangga Sakti dengan lagu, Tertinggal Kapal Angkasa dan Kaparinyo, Taheera Rosheena Mohamed (Rindu Ibu, Khazanah) serta Nora (Jentayu, Samudera).Juara Mentor Musim Ke-3, Black, sempat berseloroh sebelum memulakan persembahannya dengan deklamasi puisi ciptaannya, Bola, yang dicipta sebelum acara kerana kebetulan baru sudah bermain sukan itu sebelum beraksi di pentas puisi.Black yang melagukan Drama King dan Sofea Jane bukan saja mempamerkan vokal mantap, tetapi turut menawan hati pelajar Jurusan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Yukari Noguchi yang berduet dengannya melagukan Sofea Jane.Yukari turut mendeklamasikan puisi ciptaan Presiden PENA, Dr Mohammad Saleeh Rahamad yang juga pensyarahnya berjudul Biarkan Sungai Itu, manakala rakan sekuliahnya dari Korea Selatan, Cho Min Sung, memilih Kuntum Waawasan karya Yahya Suib.Pentas Malam Puisi Riong melabuhkan tirainya dengan menyaksikan khalayak bersorak tatkala penyair serba boleh yang juga Penerima Anugerah Penulisan SEA 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), beraksi  menerusi puisinya, Dun Dun Cak dan Duka.Duka di bukuTak seperti duka di kataDuka di laguTak seperti duka di kalbuDuka di nyataTak seperti duka di pilu.Wakil penganjur bersama dari PENA dan IB yang turut menyumbang suara mendeklamasi puisi ialah Dr Muhammad Saleeh dan Rahimidin Zahari, selain Penerima Anugerah Penulisan SEA 2007, 2010 dan 2011, Rahman Shaari, Zaen Kasturi dan SM Zakir serta pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Ramzah Dambul.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059823 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list