CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Iqra: Rujukan segera jawab kesangsian amalan umat Islam

[Copy link]
Post time 30-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BUKU Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab ialah koleksi permasalahan semasa yang sering dihadapi umat Islam khususnya berkaitan amalan dan aktiviti harian menjurus kepada ibadah.  Dibahagikan kepada 12 bab, buku menggunakan pendekatan soal jawab itu membincangkan masalah berkaitan kebersihan, ibadat wajib, ibadat sunat, kewajipan menutup aurat, isu rumah tangga dan hukum hakam halal serta haram.Buku ini memberi  penjelasan mudah dan ringkas. Namun, ada soalan yang menarik untuk dipanjangkan hujahnya seperti  hukum suami ambil duit isteri tetapi penerangan terlalu pendek, mungkin  menimbulkan rasa tidak puas kepada pembaca. \n\n\n\n  Dalam dunia hari ini tidak dinafikan ada suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah dengan alasan isteri mempunyai gajinya. \n\n\n\n\n  Namun, sebagai rujukan, buku ini  membantu pembaca mendapatkan jawapan kepada isu diragui dengan susunan lebih sistematik.Azhar terkenal sebagai pendakwah yang aktif mengajar serta dijemput untuk berceramah mempunyai gaya penyampaian tersendiri kerana perwatakannya mudah didampingi, berani dan   lucu.Satu lagi buku terbitan PTS, Biar Bidadari Mencemburui Dirimu adalah koleksi inspirasi wanita yang mengharapkan syurga sebagai destinasi akhir dan pastinya mencari cara  membawa mereka yang terpilih menjadi ahli syurga.Antara kupasan menarik dalam buku ini ialah isu kepemimpinan, fesyen sebagai tuntutan atau gaya hidup, tujuan perkahwinan, kehebatan ayah serta keagungan ibu dan kisah inspirasi yang mendidik jiwa Muslimah.\n\n\nKarya terjemahan daripada bahasa Indonesia lebih menarik kerana mengemukakan kisah  zaman Rasulullah dengan cara lebih segar apabila mengupas isu membelenggu wanita sejak dulu.Secara tidak langsung, ia memberi sudut pandangan yang relevan dengan perihal bidadari syurga dan wanita dunia. Tulisan ini menyingkap keagungan Allah sebagai panduan untuk menjadi wanita memiliki personaliti bak bidadari. Judul: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus MenjawabPenulis: Azhar IdrusPenerbit: PTS Islamika Sdn BhdPengulas: Hasliza HassanHarga: RM15 (Semenanjung), RM17 (Sabah dan Sarawak)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 1.215594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list