View: 132|Reply: 0
|
Cikgu Jan gigih cari ‘ramuan’
[Copy link]
|
|
Menjelang aksi sulung Liga Super lawan Terengganu 10 Januari ini\rTIADA istilah ‘puas hati’ dalam kamus Norizan Bakar - sekali gus menyaksikan ketua jurulatih Perak itu bekerja keras dalam usaha mengemaskan pasukan menjelang Liga Super 2012 menentang Terengganu pada 10 Januari ini.\r\n\n\n\n\r “Banyak lagi kelemahan dan kepincangan dalam pasukan ketika ini dan ia harus diatasi segera,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Mengenai dua awang import - Lazar Popovic dan Michal Kubala - Norizan yang juga dikenali Cikgu Jan berkata mereka menunjukkan skil individu dan kemampuan tinggi tapi menambah kelebihan ini kurang bermakna andai mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan rentak pasukan. \r“Bola sepak ialah permainan berpasukan. Skil individu tidak akan membawa seseorang pemain ke mana-mana jika tanpa sokongan rakan lain.\r“Popo dan Kubala harus faham hakikat itu dan berusaha ke arah mencapai persefahaman dengan rakan lain,” katanya.\rPengendali itu bagaimanapun berpuas hati dengan komitmen pemain berusaha mempraktikkan apa yang diajar kepada mereka dalam perlawanan.\r\n\n\n\r“Petanda baik ialah pemain berusaha menunjukkan kemampuan mereka semasa perlawanan. Apa yang saya lihat ialah wujud persaingan sihat di kalangan setiap pemain untuk merebut tempat,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|