Aku Mahu Terbang mengisahkan tentang seorangkanak-kanak bernama Rezki (Syafie Naswip) yang mengejar impian dan cita-citanya ingin menjadiseorang juruterbang. Rezki, 12 tahun, dibesarkan dalam keluarga penoreh getahyang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnyaiaitu Mak Hanun dan Syukur.
Suatu hari, sebuah syarikat penerbangan swasta menganjurkanKarnival Kerjaya untuk tujuan mendedahkan kerjaya juruterbang kepada pendudukFelda. Rezki berjanji akan membawa ibu dan abangnya melihat tempat dia belajar.Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenaiibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kebakaran. Apakah yang bakalberlaku seterusnya?
budak yang jadi Rezki masa kecik tu lepas ni mesti banyak dapat tawaran. okay jugak dia berlakon.
sedih masa emak dia tuduh dia curi duit, siap pukul-pukul. pastu masa kawan baik dia meninggal hari dia dapat result UPSR, tak sempat nak tunjuk slip result, sampai je hospital nurse tengah kemas-kemas katil. masa Rezki balik tengok jenazah emak dan abang dia... (syafie naswip kalau menangis memang menangis betul)...
yang kelakar pasal daya senget tu. "Rezki, tolong betulkan jawapan senget kawan awak ni".