View: 225|Reply: 0
|
Guardini cetus cabaran baru
[Copy link]
|
|
KEMUNCULAN penyandang Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli bakal menambahkan lagi kehangatan perlumbaan kali ini, sekali gus memberi saingan hebat buat pelumba negara, Anuar Manan untuk merangkul semula jersi biru Raja Pecut yang dimenanginya pada 2010. \rKetua Pegawai Operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal berkata, dia optimis kehadiran pelumba Itali itu yang mengesahkan kehadirannya kelmarin, akan memberi ‘laluan berliku’ bukan saja kepada Anuar yang mewakili Champion System Pro Cycling Team tetapi juga pelumba lain bertaraf ProTour – Garmin-Cervelo dan Astana.\r\n\n\n\n\r “Kita juga ada penampilan semula pelumba Jerman, Robert Foster (Unitedhealthcare) selain ramai lagi pelumba Asia, tidak lupa juga Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh untuk merebut jersi Raja Pecut kali ini. \r\r\n\n\n\n\n “Anuar adalah pelumba pertama Asia yang memenangi jersi Raja pecut dan saya pasti tahun ini dia berada dalam kedudukan terbaik untuk memenangi jersi itu sekali lagi,” katanya selepas majlis pelancaran penajaan PROTON Holdings Berhad di Shah Alam, semalam. \rTurut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Pengarah Kumpulan Pemasaran, Penjenamaan dan Motorsports Proton, John D Chacko.\rSementara itu, selain menjadi penaja jersi biru Raja Pecut buat tahun ketiga, PROTON Holdings Berhad juga menyediakan 150 unit kenderaan pelbagai model keluarannya sebagai kenderaan rasmi buat pegawai, pengurusan pasukan dan krew di sepanjang jelajah edisi ke-17 itu.\rLTdL 2012 menarik 120 pelumba termasuk daripada tempatan dan pasukan profesional yang akan berentap sejauh 1414.8 kilometer selama 10 hari, bermula 24 Februari ini dan buat kali pertamanya Proton Centre of Excellence menjadi garisan mula Peringkat 6 sejauh 108km ke Genting Highlands.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|