CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Elyas bidas BAM tiada program

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Piala Thomas harus diutama juga\rLETAK jawatan!  Itulah perkataan yang terpacul serta merta daripada mulut Tan Sri Elyas Omar ketika ditanya apakah yang harus segera dilakukan pemimpin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) andai skuad Piala Thomas negara gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau, minggu depan.\r\n\n\n\n\r  “Mereka (BAM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya, ini bukan perkara main-main kerana ia membabitkan maruah negara. Piala Thomas ibarat Piala Dunia dalam badminton. Ia membabitkan pertarungan antara negara dengan negara.\r\r\n\n\n\n\n  “Lagipun, kita memiliki sejarah dan nilai sentimental tinggi dalam pertandingan ini. Jadi, jangan berselindung dengan alasan apabila menyifatkan piala ini tidak penting dengan menyatakan Sukan Olimpik menjadi sasaran utama,” katanya.\rElyas yang menjadi tokoh penting di sebalik kejayaan skuad negara menamatkan kemarau 25 tahun memenangi piala berprestij itu dengan menumbangkan musuh tradisi Indonesia 3-2 pada final 1992 di Stadium Negara berkata, andai BAM mempunyai program dan perancangan mereka tidak harus tersepit dengan masalah dihadapi skuad negara, hari ini.\r“Kali terakhir kita menang pada 1992 dan sepatutnya selepas itu kita harus lebih banyak menjulangnya. Namun, hingga hari ini kita terpaksa menanti lagi. Di mana silapnya, jadi mereka jelas tidak buat kerja dan belajar daripada kegagalan itu,” katanya.\rBekas Presiden BAM itu turut menegaskan kejayaan bersejarah pada 1992 bukan datang bergolek, sebaliknya pihaknya merancang dan menyusun program jangka panjang enam tahun sebelum impian seluruh negara itu dapat direalisasikan. \r\n\n\n  “Bukan mudah ketika itu dan banyak yang terpaksa dilakukan dan dikorbankan. \rJadi, andai BAM mahu merampas semula piala itu, mereka perlu merangka program antara empat hingga enam tahun. Jika tidak, lupakan saja,” katanya.\rSkuad yang diterajui jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei akan berangkat ke Macau, Sabtu ini dan mereka akan menentang Hong Kong dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D pada Selasa depan sebelum melengkapkan saingan menentang pilihan kedua Korea Selatan.\rHanya empat pasukan akan layak ke pusingan akhir Mei depan, namun berdasarkan rekod, skuad negara pernah dua kali gagal mara ke pusingan akhir pada 1973 dan 1979, tetapi sejak format baru diperkenalkan pada 1984, skuad negara melepasi semua pusingan kelayakan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list