View: 237|Reply: 0
|
Usah pandang remeh Piala Thomas: Razali
[Copy link]
|
|
KEJOHANAN Piala Thomas harus dipandang serius tanpa perlu menjejaskan persiapan pasukan badminton negara untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik, Julai ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, kejohanan Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi negara 20 tahun lalu, tidak harus pandang rendah dan pasti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai strategi tersendiri.\n\n\n\n Katanya, Piala Thomas juga adalah landasan terbaik untuk menguji pemain terutama pemain pelatih dalam memberi pendedahan kepada mereka.\n\n\n\n\n “Piala Thomas walaupun dalam pusingan kelayakan tetapi penting untuk kita menguji tahap kecergasan dan kemahiran pemain kita, ini bukan soal pemain senior atau junior. Pertandingan itu adalah landasan terbaik untuk ujian.“Pada saya ini bukan soal menang atau kalah tapi ini soal sama ada kita serius atau tidak dalam apa jua kejohanan. Apapun kita harap tidak akan menjejaskan momentum persiapan pasukan badminton dalam meraih emas Sukan Olimpik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Bola Sepak 7 Sebelah di sini, semalam.Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai pada 31 Januari lalu dilaporkan menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting dengan lebih memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik buat mengharungi kalendar kejohanan tahun ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|