terpulang pada yang membaca. keterkaitan yang amat jelas dan berdasarkan hadis AQ. Pada yang mengang ...
hakimi87 Post at 24-2-2012 03:06 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terdapat satu kaedah pengiraan menggunakan kod matematik yang telah ditemui oleh sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa. Melalui kaedah pengiraan ini, beliau telah mendedahkan bahawa Al-Quran mempunyai inter-locking system yang menyebabkan Al-Quran tidak boleh diubah sama sekali walaupun satu huruf. Ini sekaligus membuktikan mukjizat Al-Quran itu sendiri. Kertas kerja beliau berhubung dengan penemuan ini telah dibentangkan di Pameran Islam Sedunia di London pada tahun 1976. Perhatikan bahawa KeADILan ditubuhkan dalam tahun 1999 manakala Pertubuhan Illuminati pula telah pun wujud sejak tahun 1776 lagi. Jika dibuat kaedah pengiraan mengikut kod matematik yang telah diperkenalkan oleh Rashad Khalifa, langkah pengiraannya adalah seperti berikut: 1999 = 1 + 9 + 9 + 9 = 28 = 2 + 8 =10 = 1 + 0 = 1 (nombor yang terhasil adalah 1)
1776 = 1 + 7 + 7 + 6 = 21 = 2 + 1 = 3 (nombor yang terhasil adalah 3) Kewujudan dua pertubuhan ini secara tidak langsung saling lengkap-melengkapi bagi melaksanakan misi Amerika dan Zionis terhadap Malaysia sebagai satu-satunya negara Islam yang masih berdiri teguh. Jika digabungkan dua angka yang terhasil ini untuk menjadikannya satu angka yang lengkap, maka terhasillah angka 13. Bagi penganut dan pendokong Zionisme, angka 13 amat bermakna buat mereka kerana angka ini adalah angka kekuasaan ’Prince Of Darkness’. Angka 13 inilah yang membentuk item-item tertentu dalam logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat. Jika diamati semula logo Pertubuhan Illuminati, lapisan batu-batu yang membentuk piramid tersebut disusun dalam 13 barisan. Manakala perkataan ”ANNUIT COEPTIS” di atasnya mengandungi 13 abjad. Pertubuhan ini juga mempunyai 13 anggota Majlis Tertinggi.Bagi Mohor Amerika Syarikat pula, terdapat 13 bintang Nabi Daud (Star Of David) di sebelah atasnya, 13 daun beserta 13 buah Zaitun di sebelah bawah kirinya dan 13 anak panah di sebelah bawah kanannya. Manakala moto dalam bahasa Latin, ”E PLURIBUS UNUM” yang bermaksud “Many In One – one nation made up of many states” juga mengandungi 13 abjad.Sedarkah kita bahawa KeADILan secara rasminya ditubuhkan pada 4 April 1999, iaitu jatuh pada minggu ke-13 bagi kalendar tahun 1999. Manakala penggabungan KeADILan dan PRM yang membawa kepada penubuhan PKR telah berlaku pada 3 Ogos 2003, iaitu minggu ke-31 bagi kalendar tahun 2003.Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.
![](http://1.bp.blogspot.com/-AppTSDEQvRY/TkD7ubg6MBI/AAAAAAAAAI8/UZnDKlQNOiI/s1600/LogoStickerPKRiilumi2.jpg)
so.....terpulanglah.... nak percaya ker idak...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|