CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati: Magis lirik lagu Sudir

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KELMARIN, genap dua dekad pemergian penghibur nombor 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Perginya meninggalkan kenangan dan lagu malar segar yang terus diminati hingga kini.Bagi rakan seperjuangan dalam bidang seni terutama artis generasi baru, peluang menyanyikan lagu Allahyarham dalam sebuah acara khas ibarat satu pengiktirafan buat mereka dan peluang itu tidak akan disia-siakan sama sekali.\n\n\n\nMalam ini, bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, artis daripada generasi baru dan lama berpadu suara menjayakan konsert Sudirman... Abadi Di Hati terbitan RTM. Antara barisan artis terpilih ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan dan Rey.\n\n\n\n\nKonsert selama dua jam itu menampilkan konsep persembahan secara kronologi iaitu berdasarkan album pernah arwah hasilkan, sejak album pertama berjudul Teriring Doa hingga ke album terakhir, Penghibur No 1 Asia, yang memuatkan lagu popular, One Thousand Million Smiles.Bagi Sharifah Aini, dipilih menjayakan konsert itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya teruja. Memilih tiga lagu untuk didendangkan, satu daripadanya ialah lagu Melayu Deli berjudul Anak Dagang.“Kak Pah pilih lagu Anak Dagang kerana ia berentak Kemelayuan dan Kak Pah memang sukakan melodinya,” katanya yang akan turut menyanyikan lagu Merisik Khabar dan Terasing untuk persembahan itu.Turut teruja mengadakan persembahan tribute itu ialah Alyah. Sebagai peminat, pastinya peluang itu diterima penyanyi ini dengan senang hati.\n\n\n“Alyah memang minat sangat dengan Allahyarham. Lirik lagunya pula cukup menyentuh perasaan,” ujarnya yang akan menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati.Pendapat Alyah itu turut disokong Adibah Noor, sekali gus menyifatkan lirik lagu nyanyian Allahyarham memang mempunyai kuasa sehingga ia melekat di ingatan peminat sehingga ke hari ini.“Kekuatan Allahyarham sebenarnya terletak pada lagunya, terutama lirik yang ditulis Habsah Hassan. Semuanya mempunyai cerita tersendiri dan dekat dengan pendengar,” katanya.Memilih lagu Hujan dan One Thousand Million Smiles untuk dinyanyikan, Adibah berkata, lagu Hujan dipilih kerana lagu itu jarang dinyanyikan dalam mana-mana majlis.Sementara itu, generasi baru yang terbabit dalam konsert itu rata-rata melahirkan rasa bertuah kerana menjadi pilihan. Shila antara mereka yang cukup seronok apabila berpeluang menjayakan konsert yang diiringi Orkestra RTM itu.“Ketika Allahyarham meninggal, saya baru berusia dua tahun. Saya mula mengenali hasil kerjanya selepas terbabit dalam bidang seni. Pada saya, Allahyarham memang unik dan dia berani mencuba sesuatu yang berlainan,” katanya yang akan menyampaikan lagu Gerimis Di Lautan dan Si Jali-Jali, berpadu suara bersama Bob.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list