|
DUBAI: Tampil buat kali pertama selepas menjuarai Terbuka Australia bulan lalu, pemain No 1 dunia, Novak Djokovic memulakan misi mempertahankan gelaran Kejohanan Dubai dengan mengatasi pemain Jerman, Cedrik-Marcel Stebe 6-4, 6-2 pada aksi pusingan pertama, awal pagi semalam.\rDjokovic mengungguli Terbuka Australia selepas mengharungi aksi final grand slam paling lama iaitu lima jam 53 minit sebelum akhirnya menewaskan Rafael Nadal.\r\n\n\n\n\r Namun hari pertama Kejohanan Dubai itu menyaksikan adik kepada Djokovic, Marko, 20, tewas kepada pemain Kazakhstan, Andrey Golubev 3-6, 2-6 sebelum bintang Serbia berusia 25 tahun itu tampil dengan tangkas menewaskan Stebe yang berada di ranking ke-72 dunia.\r\r\n\n\n\n\n Penonton yang hadir dengan mengibarkan kain rentang bertulis Gembira kamu kembali Novak nyata tidak kecewa apabila juara lima kali grand slam itu yang memburu kejuaraan keempat berturut-turut di Dubai, mempamer aksi menghiburkan.\rSudah tentu saya gembira dengan perlawanan pertama selepas berehat empat minggu ini. Ia sesuatu yang baik apabila melangkah masuk ke gelanggang dan melihat seluruh stadium penuh. Dengan sokongan penuh diterima, saya amat berbesar hati, kata Djokovic.\rDengan rekod 70 kemenangan dan hanya enam tewas sepanjang musim 2011, Djokovic tidak mahu tumpuannya terganggu dalam usaha mengungguli kalendar grand slam musim ini serta pingat emas Sukan Olimpik London.\rSaya tidak mahu terlalu membandingkan 2012 dengan 2011. Saya tidak pernah membandingkan antara satu tahun dengan tahun lain. Tahun lalu ternyata yang terbaik sepanjang karier saya. \r\n\n\n\rJika ditanya mampukah saya mengulanginya, saya tidak tahu. Yang pasti, ia sangat sukar, jelasnya. - Reuters\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|