|
MELBOURNE: Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone memberi amaran mengatakan Grand Prix Australia “paling rapuh” dalam kalendar perlumbaan jentera empat roda berprestij itu dan terancam andai ia tidak menjadi perlumbaan malam yang mengagumkan.\rEcclestone berkata, persetujuan penganjuran perlumbaan F1 di Melbourne masih ada sehingga 2015 namun lebih dari itu, semuanya masing terawang-awang dengan banyak bandar raya lain menunggu peluang untuk mengambil alih.\r\n\n\n\n\r “Kami mempunyai kontrak yang perlu kami hormati, jadi sehingga 2015 kami berada di posisi yang baik,” kata Ecclestone dipetik Fairfax Media menjelang perlumbaan pertama F1 musim ini di Melbourne, 18 Mac ini.\r\r\n\n\n\n\n “Selepas itu, kami benar-benar tidak tahu. Jika kami perlu berpisah dengan rakan-rakan kami di Melbourne, kami mungkin akan menarik diri dari Australia. Saya tidak dapat lihat bagaimana Adelaide mampu menjadikannya kenyataan, atau di bandar lain. Perlumbaan itu sendiri, dari kaca mata kami, mungkin perlumbaan paling rapuh yang kami miliki.”\rKos perlumbaan GP Australia tahun lalu dianggarkan mencecah 53.6 juta dolar (RM160.8 juta) - lebih dari keuntungan yang dicapai iaitu RM80.4 juta yang memberikan keraguan buat Ecclestone untuk meneruskan hak penganjuran.\rPerbincangan mengenai kontrak baru dijangka bermula pada 2013 atau awal 2014 dan Ecclestone berkata, dengan negara lain berhasrat menggantikan Australia, perlumbaan di waktu malam mungkin dapat membantu.\r“Saya berharap kami akan menganjurkan perlumbaan malam di Australia. Kami mempunyai perlumbaan lain untuk menggantikan Australia, namun kami tidak mahu ia berlaku,” kata Ecclestone yang menambah perlumbaan malam di Australia selari dengan masa menonton di Eropah, sekali gus membantu meningkatkan hak penyiaran televisyen di benua yang paling meminati sukan itu. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|