BUKIT MERTAJAM – Hasrat murni seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya hujung Mei ini berkecai apabila dia maut selepas menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah lori satu tan di Jalan Permatang Tinggi dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Nan Ruazlan merupakan anak kelahiran Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.
Kemalangan itu berpunca apabila Nan Ruazlan yang sedang meronda bersama seorang rakan dengan menunggang dua buah motosikal terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.
Ketika hendak berhenti selepas memintas kereta itu, pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah memecut laju hingga bergesel dengan motosikal mangsa.
Akibatnya, mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan Nan Ruazlan terpelanting di atas jalan sebelum dia digilis sebuah lori.
Petikan dari Sinarharian;
Sementara itu teman wanita Nan Ruazlan, Siti Juanida Mohd Hasnan, 20, berkata mereka merancang untuk bertunang 27 Mei ini. Katanya, impian hidup bersama musnah selepas arwah yang dikenali selama 6 bulan pergi buat selamanya.
" Saya tidak sangka dia pergi begitu cepat kerana kami baru bertemu tidak sampai satu 1 jam sebelum kemalangan. Tiada sebarang perubahan, cuma malam tadi (kelmarin) sebelum keluar berkerja dia mencium dahi saya yang mana kebiasaannya kami bersalam sahaja " katanya.
p/s Alfatihah........... |