Negara Asia Tenggara tidak hanya ada Malaysia atau Indonesia atau Thailand. Ada banyak lagi negara misalnya Vietnam. Mari perbincangkan negara Vietnam. Selain Korea dan Jepun, Vietnam juga pernah memakai tulisan Cina sebagai tulisan bahasa mereka.
Sejarah Vietnam agak panjang juga serta berterusan sehingga hari ini. Kajian carigali dari tinggalan purba mendapat bahawa wujud penempatan di situ sejak setengah juta tahun lampau. Vietnam semasa zaman purba merupakan tempat tersebarnya tamadun terawal di Asia Tenggara dengan sejarah kebudayaan sejak 20,000 tahun lampau. Mereka merupakan antara orang terawal dalam dunia yang mengamalkan pertanian.
Lembah Sungai Merah membentuk unit ekonomi dan mukabumi yang disempadani dengan hutan dan gunung sebelah utara dan baratnya dan sebelah timurnya disempadani dengan laut dan ke selatan pula ada delta Sungai Merah. Keperluan untuk pembinaan sistem tebatan banjir, pembangunan sistem hidraulik, pertukaran dagangan dan melawan penceroboh menyebabkan tercetusnya negeri2 Vietnam awal dalam tahun 2879 SM.
Kebudayaan awal mereka yang terkenal sekali semasa Zaman Gangsa adalah seperti kebudayaan Dong Son. Gendang dan Loceng Dong Son ada ditemui jugak sampai ke Perak dan Selangor. Sebab kedudukan mukabuminya, Vietnam susah hendak diserang oleh musuh luar. Mereka pernah juga diceroboh oleh orang An dan orang Qin (Cina) tapi mereka berjaya menawan negara mereka semula.
Vietnam pernah diperintah selama 1,100 tahun oleh kuasa luar dari kawasan China seperti dinasti Han, dinasti Han Timur, dinasti Wu Timur, dinasti Cao Wei, dinasti Liu-Song, dinasti Qi Selatan, dinasti Liang, dinasti Sui, dinasti Tang dan dinasti Han Selatan. Hal ini menyebabkan tulisan dan budaya Cina diserap menjadi budaya Vietnam dan tulisan asal Vietnam serta budayanya menjadi kecinaan walaupun mereka bukan Cina. Dalam antara masa 1,100 diganggu kuasa luar ada juga dinasti tempatan Vietnam yang mentadbir seperti dinasti Chiew, Saudari2 Chung, dinasti Ly, dinasti Khuk dan Duong Ding Nghe walaupun cuma sebentar sahaja orang2 ni memerintah.
Semasa Vietnam di Utara dijajah kuasa luar, ada beberapa tamadun kehinduan muncul di tengah Vietnam dan Selatan nya. Tamadun2 Hindu ini dikenali sebagai empayar Funan dan juga negara2 kota orang Chempa/Cham. Dari abad ke-10 sampai ke atas, orang Vietnam mula menjarah ke negara2 orang Chempa dan menakluki tamadun2 Hindu di selatannya.
Bila Ngo Kuen yang jadi raja Vietnam 939-944 mendapatkan semula kuasa negara, Vietnam mula ditadbir dinasti2 tempatan seperti dinasti Ngo, dinasti Ding, dinasti Le, dinasti Lee, dinasti Chan, dinasti Ho, dinasti Chan kemudian, dinasti Le kemudian, dinasti Mak, dinasti Ching, dinasti Nguen, dinasti Tay Son, dan kemudian dinasti Nguen semula.
Vietnam dijajah dan terbelah2 sebab perang saudara serta diserang oleh kuasa luar seperti dinasti Song, dinasti Yuan, orang Chempa, dinasti Ming, dinasti Qing, Perancis dan kemudian Amerika.