Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pentas akhir Kilauan Emas 2 akan berlangsung malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134. Siapakah di antara 6 finalis di bawah yang akan berjaya menjadi juara? 
Hanya seorang sahaja peserta wanita yang berjaya ke final. Adakah Salina akan berjaya membuat kejutan sekaligus menewaskan 5 peserta lelaki lain? Daripada lagu yang dipilih, memang ada kemungkinan kejutan tersebut berlaku. 1. AZRI – Teratai
2. FADZIL – Di Alam Fana Cinta
3. FUAD – My Baby You
4. JULAINI – Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan
5. JUMAT – To Love Somebody
6. SALINA – Bing 
Tak sabar rasanya nak mengadap TV malam ini. Kalau anda tak pernah tengok Kilauan Emas 2, inilah masa terbaik untuk melihat kehebatan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini menyanyi di atas pentas. Ikhlas cakap, ada sesetengah mereka yang lebih hebat daripada penyanyi muda kita. So jangan lupa saksikan final Kilauan Emas 2 malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134. |