Pertama kali melihat video ini, saya tersenyum seorang diri. Telatah bayi tersebut yang sangat seronok dan gembira melihat bapanya keluar dari kereta setelah pulang dari tempat kerja mampu menyentuh hati dan membuat sesiapa sahaja tersenyum . Bahkan bukan sahaja bayi tersebut yang gembira, malah anak anjing peliharaan mereka juga turut serta seronok melihat kepulangan tuannya. Sangat comel dan menyentuh hati. http://www.youtube.com/watch?v=zEu_Ylo4zT8&feature=fvwp