CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2398|Reply: 13

Lagi Kes Tangan Di Makan Piranha Di China.

[Copy link]
Post time 18-7-2012 02:31 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sara2511 at 18-7-2012 02:33




Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.

Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.

Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.

Penduduk diminta buru Piranha

Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.

“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.

“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.

“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.

Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.

“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.

Kebimbangan tidak berpanjangan

Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.

Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.

Agensi

sumber: bharian.com.my

kredit amekaw.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2012 02:34 AM | Show all posts
nasib baik lah kena ggt skit jer.. klo lama mau tinggal tulang je tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 07:34 AM | Show all posts
tu baru seko

kalau satu kawan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 08:42 AM | Show all posts
fuhhh....

gambo tu macam ibu jari dah ilang jee
ke mata aku dah rabun
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 09:11 AM | Show all posts
seriau nyer...awat ler pi lepas kat sungai pulak...kang dah beranak pinak...camner nak kawal populasi ikan tue...isk!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 09:21 AM | Show all posts
ni bila x nak bela lepaskan dalam sungailah ni...sekarang dah start attack orang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2012 09:22 AM | Show all posts
bahaya ikan ni. orang yang melepaskan kan ikan ni dekat sungai sungguh tak bertanggungjawab.. dia tak pikir ke ikan bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 01:41 PM | Show all posts
Macam manalah nak memastikan sungai tu bebas Piranha.  Takan sekor dua je hidup dalam sungai tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2012 02:29 PM | Show all posts
China ni mcm2 je lah kes dorang..huh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 03:45 PM | Show all posts
nasib baik dia kena kat tangan, buatnya dia berada kat sungai paras lutut, habis lah dimakan dek piranha ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 03:50 PM | Show all posts
ntah apa2 ..sempat lg ada plan nk makan ikan tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 04:44 PM | Show all posts
Reply 3# nameloo

makan berjemaah la depa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 05:23 PM | Show all posts
jahatnye ikan nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2012 09:09 AM | Show all posts
fuhhh....

gambo tu macam ibu jari dah ilang jee
ke mata aku dah rabun
foxs Post at 18-7-2012 08:42



    haah la aku tengok un cm ibu jari dye ilang....takot siot ak...sibbek kat malaysia xde.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055297 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list