
Gambar Hiasan
INDIA: Seorang ibu yang hidup dalam kemiskinan menjual bayi nya yang berusia 4 bulan pada harga yang sangat murah iaitu Rs 64 (sekitar £ 0.75 atau Rm 2.90) kepada pasangan suami isteri dari Nepal. Ibu kepada bayi itu berasal dari golongan termiskin di Bihar, India. Wanita berusia pertengahan 30-an itu turut memiliki beberapa orang anak. Mereka telah pun berpindah ke tempat lain. Sebelum berpindah, dia memberitahu jiran-jiran bahawa dia memberikan bayi nya itu untuk kebaikan. Wanita itu turut menegaskan bahawa dia tidak mendapat sebarang keuntungan daripada tindakan nya itu.
Kredit: http://jennykaleyn.blogspot.com/ |