CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2549|Reply: 3

FanWing : Sistem Tujahan Baru Untuk Kapal Terbang (9 Gambar)

[Copy link]
Post time 21-7-2012 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Kami di Blogserius terdiri daripada airplanefag dan muziumfag. Apa sahaja berita berkenaa muzium dan juga teknologi penerbangan akan membuatkan kami exciting.

Hari ini mari kita lihat sebuah konsep pesawat yang menggunakan sistem tujahan FanWing. Dari nama yang diberikan anda pasti boleh meneka bagaiman tujahan dihasilkan untuk pesawat ini, Sebuah kipas dipasang pada bahagian depan sayap pesawat. Pergerakan pantas kipas menghasilkan pergerakan udara pada bahagian atas sayap dan ini menghasilkan kesan Bernoulli. Secara teori pesawat yang menggunakan sistem FanWing tidak memerlukan landasan yang panjang berbanding pesawat berenjin konvensional.

FanWin buat masa ini hanya terhasil dalam versi model skala kecil dan dari ujian skala kecil ianya mampu berfungsi dengan baik. FanWing dicipta oleh Patrick Peebles, dan menurut pereka dari Amerika ini FanWing bukan sahaja dapat menggunakan landasan yang pendek ia juga lebih senyap dari pesawat konvensional. Patrick Peebles kini dalam proses membina sebuah prototaip pesawat FanWing sebenar untuk ujian penuh tahu hapadan. Semoga berjaya. Sememangnya pesawat FanWing lain dari yang lain dan merupakan satu lagi evolusi teknologi penerbangan yang positif.







Kredit: http://www.blogserius.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2012 12:00 AM | Show all posts
x lar bape paham sgt.....tp nmpk unik.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 12:26 AM | Show all posts
menarik fanwing ni.. tapi, untuk kapal terbang kecik dan ringan saja, sayapnya sudah sebesar itu. kalo saiz airbus 380 tu agaknya berapa besar fanwing kena bina
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 11:00 AM | Show all posts
Rasanya lebih sesuai untuk kapalterbang kecil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 1.340315 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list