CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5542|Reply: 3

(SLOT RATU) Sirrun (Zarina AF2, Anzalna, Beto Khusairy (Isnin -Selasa 8.30pm)a

[Copy link]
Post time 2-8-2012 08:28 PM | Show all posts |Read mode


Tajuk: Sirrun
Lakonan: Zarina Zainoordin, Anzalna, Beto Khusairy, Hairul Azreen
Arahan: Michael Ang
Terbitan: Pena Creative
Jumlah Episod: 14
Tarikh siaran: 6 Ogos (Isnin-Selasa 8.30pm)

Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.

Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.
Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.


Kisah seakan-akan sama yang berlaku sepuluh tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?
Saksikan Sirrun mulai 7 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam hanya menerusi slot Ratu, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Credits to budiey.com for sinopsis and pictures.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 09:42 PM | Show all posts
oh ala2 citer mcm yg sblm ni ke? aku tak ingat tajuk apa, tak silap pelenagi kasih ke apa.

yg hero dia beto kusyairi gak, then ada nabila huda dgn puteri sarah..

itu kisah berebut hero pertama gak tu..hero kedua botak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 02:33 PM | Show all posts
ada beto... kisah dua orang kawan baik yang bermadu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 03:28 PM | Show all posts
teaser for ep 1 :



Last edited by ccdj on 6-8-2012 03:30 PM \n\n
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050638 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list