Setelah sekian lama menhilangkan diri, Samsung Galaxy Note 10.1 diperlihatkan oleh Samsung. Tidak seperti Samsung Galaxy Note asal, Note 10.1 ialah sebuah tablet bersaiz 10.1 inci dan ini bermakna ianya tidak mempunyai sokongan telefoni seperti Note. Bahagian dalamannya diberikan penaiktarafan dengan pemproses 1.4 Ghz Empat Teras dari keluarga Exynos dan chip grafik Mali-400MP. Dengan kata lain ianya sebuah Galaxy SIII dengan kasis yang lebih besar.
Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera belakang 5 Megapixel dan kamera hadapan 1.9 Megapixel. RAM sebanyak 2 GB melengkapi spesifikasi perkakasannya. Seperti Note asal, Note 10.1 juga didatangi dengan stylus S-Pen bagi memudahkan anda menulis dan melukis secara terus diatas skrin. Ia akan muncul dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.
[size=85%]Saiz storan dalaman masih belum kami perolehi tetapi ura-ura mengatakan ianya diantara 16-64 Gigabyte.Harga juga masih belum diumumkan tetapi kemungkinan akan diketahui menjelang 15 Ogos ini apabila ia secara rasminya akan dipertontonkan kepada umum. Amacam? Tertarik?
Last edited by sara2511 on 7-8-2012 01:45 AM \n\n |