Oh Serius - Kamera DSLR Canon EOS 350D Selepas 3 Tahun Di Dalam Sungai (18 Gambar):Kamera DSLR sekarang sudah jadi keperluan utama sama seperti gadget moden yang lain seperti iPhone,iPod atau iTypewriter.Antara dua jenama kamera ini,Nikon dan Canon mana satu kamera yang paling lasak?kalau tanya aku,aku akan pilih Canon.Sebab? Sebuah kamera Canon EOS 350D milik Michael Comeaus telah terjatuh ke dalam sebuah sungai apabila dia meletakkan kameranya di atas tripod yang tidak berskru.Akibat keadaan arus sungai yang kuat dan dalam,mamat ini mengambil keputusan untuk membiarkan kameranya.Nyawa itu lebih penting beb.
Selepas 3 tahun,kamera yang disangkakan tidak dapat di temui semula akhirnya di temui oleh John,seorang lelaki yang tinggal 250 Km dari kawasan tempat kamera Michael jatuh.John telah berjaya mendapat klu melalui imej yang di rakam Michael dan kemudiannya berhubung melalui Twitter untuk menyerahkan kamera DSLR milik Michael.Walaupun kamera milik Michael ini sudah lusuh dan tidak boleh di gunakan lagi,imej yang ada di dalam memori kad dalam keadaan baik dan masih boleh dilihat.
|