CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5960|Reply: 23

AKSI : BINI BINIKU PERKASA

[Copy link]
Post time 12-9-2012 11:56 PM | Show all posts |Read mode
SINOPSIS BINI BINIKU PERKASA (TV3)
Drama ini diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster. Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.

Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012 ... .html#ixzz26KX7TibQ
Last edited by eddlisa_uyuk on 13-9-2012 01:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 11:30 AM | Show all posts
hehe...lawak jgk citer ni...suka tgk si Eddy tu...muka hero tamil...hahaha...lakonan dia natural...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 12:49 PM | Show all posts
wakaka ep1 Manja selamatkan Hairi dari dicabul... hmm.. tu yang tertaip tajuj jadi Bini biniku perkosa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 12:53 PM | Show all posts
watak Fezrul Khan mmg lain kali ni...menjadik pulak sewel jiwang dia tu...funny!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:03 PM | Show all posts
cite ni memang lawak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:07 PM | Show all posts
Aku pun suka cite nie..boleh hilang stress tgk sambil gelak2...muahahahaha...
Aritu lepas tgk, aku ingat nak komen kat sini la, cari2 takde sapa pun buka thread lagi... Hari nie buka ko dah bukakan...leh la komen2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2012 08:51 PM | Show all posts
amikie posted on 13-9-2012 12:53 PM
watak Fezrul Khan mmg lain kali ni...menjadik pulak sewel jiwang dia tu...funny!

betol tu. bagi aku la, stail jugak la dia bawa watak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 10:30 PM | Show all posts
Romantik ek berapa banyak makanan dia beli sebab dia tak dapat memenuhi citarasa Manja rupanya dia puasa ... sabo je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 10:43 AM | Show all posts
adlythegreat posted on 13-9-2012 08:51 PM
betol tu. bagi aku la, stail jugak la dia bawa watak tu.

tu ler....ayat dia x leh blah betulll.
'awak rasa tOuching x??saya rasa tOuching sangat ni..."mampuihhhh....ambek kO ayatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:54 AM | Show all posts
amikie posted on 14-9-2012 10:43 AM
tu ler....ayat dia x leh blah betulll.
'awak rasa tOuching x??saya rasa tOuching sangat ni..."mam ...

tu la. sangat stail dan laen daripada apa yg pernah dia bawak seblom ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 11:02 AM | Show all posts
mmg leh layanz ar citer ni....best pulak si Fezrul Khan amek watak Hairi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 11:16 AM | Show all posts
nk tgklah.. ilg stress
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 10:45 PM | Show all posts
Si fezrol n yana ni berlakon memang ok..
Intan ni out sikitt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 10:33 AM | Show all posts
iolls suka citer ni... mmg lawak.. sakit perut iolls gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:16 AM | Show all posts
smlm tgk..ok..fun..tak yah nak berat kepala..gelak je..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 12:30 PM | Show all posts
hairi ni mesti ketua gangster jugak rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 12:32 PM | Show all posts
epi mlm td.. hari ngn manja dh kapel... comel je cara diorg declare..
Fezrul khan berlakon kali ni pd aku best lah.. tak sangke lak dia bule bw watak sengal gitu..
yg jadik adik yana tu pown brlakon idup.. sape nama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 10:02 PM | Show all posts
aku rasa feruz khan bawa lagi best drpd sam.
sengal

yana seerti biasa nampak comel dan bersahaja.
intan ada kayu kayan sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:02 PM | Show all posts
aku suka tgk hairi n eddie tu...lawak dorangni..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 01:49 PM | Show all posts
mijot posted on 18-9-2012 10:02 PM
aku rasa feruz khan bawa lagi best drpd sam.
sengal

tu la aku pon setuju. dia lagi bagus dari sam kut untuk watak ni. yana mmg comey.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.076540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list