CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14439|Reply: 39

80% pompuan asia pakai bra yg salah saiz

[Copy link]
Post time 15-10-2012 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Coli rosakkan payu dara
SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.
Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.

KAJIAN menunjukkan lebih daripada 80 peratus wanita Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara.


HARJIT KAUR




Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.
Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.
Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.
“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.
“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.
“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.
“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.
Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.
Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.
Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 03:51 PM | Show all posts
I like!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:02 PM | Show all posts
oo.. ok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:19 PM | Show all posts
good info...i like...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:22 PM | Show all posts
thankz for the info
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:28 PM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2012 09:11 PM | Show all posts
emm...btul...
lagi bagus klu dpt spend duit beli bra yg mahal2 tu sbb support nye mmg bagus...
jgn amalkn beli bra yg murah2..kurang bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 09:14 PM | Show all posts
tq 4 da info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 09:50 PM | Show all posts
ramai wanita yg pakai wonder bra semata2 untuk memberikan ilusi payudara yg montok...kan dah menipu mata kaum adam namanya tu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:18 PM | Show all posts
yesss...akhirnya ada statement yg mengaitkan kanser payudara dgn bra tu mitos
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:22 PM | Show all posts
good info...aku selalu tersalah beli bra..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 03:27 AM | Show all posts
good info, in malaysia the main problem is, the price of the bra really influence on the consumer power of buying....

kalau kita tgk saiz bra contoh saiz 34B jenama biasa2 macam kat jusco, adalah berbeza dengan bra yang bersaiz sama dengan jenama yang mahal2..., tak percaya gi try..

tak termasuk yang saiz yang extra2 yang sememangnya susah nak dapat kat malaysia melainkan yang berjenama mahal contoh sehelai saiz 40DD harga rm250 sehelai, nak tak nak beli jer yang saiz lebih kurang pada jenama yang murah

bila harga dah berbeza, kualiti pon akan berbeza, first time pakai elok jer, bila dah basuh 2-3 kali, bra mengecut, getah loose, span kemik tak serata dan macam2 lagi... tu yang timbul bra tak sepadan dgn saiz payudara, padahal masa beli sepadan jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 03:28 AM | Show all posts
pearl.silver posted on 15-10-2012 09:11 PM
emm...btul...
lagi bagus klu dpt spend duit beli bra yg mahal2 tu sbb support nye mmg bagus...
jgn ...

orang kaya bolehlah .... beli bra mahal macam beli surat kabar
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 08:20 AM | Show all posts
basic info utk gals..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:00 AM | Show all posts
tau dah...bukan senang nk mmbeli bra ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:22 AM | Show all posts
nak pakai ikut saiz macam mana, kat malaysia ni, majoriti jual bra cup A,B,C...
cup D dan ke atas kedai tertentu jer jual dan harga agak mahal.
jadi yg kurang budget ni, main sauk jer la apa yg ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 12:22 PM | Show all posts
Nice share...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:17 PM | Show all posts
time sekolah dulu ada di ajar cara nak ukur cup bra..pas tu dpt free pad...kadang2 dpt free pencuci muka..bes3~~
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:49 PM | Show all posts
dulu x tau pas tgk tips kt avon baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:49 PM | Show all posts
pearl.silver posted on 15-10-2012 09:11 PM
emm...btul...
lagi bagus klu dpt spend duit beli bra yg mahal2 tu sbb support nye mmg bagus...
jgn ...

dulu girly suke bra scarlet. murah.. cantik.. tp x thn lama.

skrg ni gn bra avon.. hehheh. bole tahan bertahun2 kalo pndai jaga.. hehhehehe

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064100 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list