CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6067|Reply: 28

[Jenayah] {9} Lelaki ditemui mati dgn 7 das tembakan dekat Tapah

[Copy link]
Post time 16-11-2012 03:44 PM | Show all posts |Read mode
TAPAH: Seorang lelaki ditembak mati dengan tujuh das tembakan di kepala, kaki dan badan di Taman Tapah, dekat sini, awal pagi tadi.

bersambung...

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 16 Nov 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -4 threads

2. Pendidikan - 1 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 3 threads
5. Dunia - 1 thread
6. Sukan - 0 thread

7. Ekonomi - 0 thread

jumlah thread - 9


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 03:53 PM | Show all posts
IPOH: Seorang lelaki ditembak mati dengan tujuh das tembakan di kepala, kaki dan badan di Taman Tapah, dekat Tapah, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata mangsa dikenali sebagi Manivannan Sukmaran, 37, diserang lelaki tidak dikenali jam 12 tengah malam tadi.
"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital yang dibawa orang awam," katanya pada sidang akhbar, pagi ini.


Mohd Dzuraidi berkata, pemeriksaan awal mendapati tujuh lubang peluru pada mayat mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 03:55 PM | Show all posts
tanahairku yang aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 05:15 PM | Show all posts
mcm mane la rupa kene tembak 7das 2 ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 06:32 PM | Show all posts
pergh...berlubang bdn tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 06:38 PM | Show all posts
marah betul pembunuh tuh pada mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2012 06:38 PM | Show all posts
Kejap....

Ngkorang ada dengar tak, sedara mara atau adik beradik anak arwah Pak Hussein kena tembak?
TAkde kan? Tak taulah kalau ada, tapi aku tak dengar lagi sanak saudara anak arwah Pak Hussein kena tembak...

So, Malaysia masih selamat.... Jgn risau... Kena tembak tu kes terpencil jee.. Baru sorang je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 06:49 PM | Show all posts
hancur muka kena tembak sebanyak tu
mudahnya dapat senjata api..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 07:33 PM | Show all posts
Ipoh lagi ...ari tu kes kena sesah dengan parang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 07:54 PM | Show all posts
Updated: Jumaat November 16, 2012 MYT 7:12:41 PM

Gaduh : Ahli Perniagaan Mati Ditembak

TAPAH: Seorang ahli perniagaan mati ditembak dalam satu pergaduhan di Jalan Pahang di sini malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, DSP Abdullah Arshad berkata, S. Manivannan, 37, yang menjalankan perniagaan sewa beli jentera berat meninggal dunia di Hospital Tapah pada 12.15 tengah malam Jumaat.

"Mangsa yang tinggal di Kampung Baru, Ayer Kuning dipercayai telah bertemu sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Jalan Tapah dan berlaku pergaduhan.

"Mangsa kemudian ditembak oleh dua lelaki yang masing-masing bersenjatakan pistol automatik di beberapa bahagian badan sebelum dua lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi berwarna putih," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh orang awam.

Abdullah berkata sejurus selepas kejadian, polis berjaya menahan lima lelaki berusia antara 20 dan 35 tahun di sekitar Pekan Tapah dan kesemua mereka diremanselama seminggu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang dikenali sebagai K. Vimalan, 33, dari Jalan Temoh, Chenderong dan S.Visnu, 27, dari Taman Kampar Jaya.

Katanya kedua-dua lelaki itu amat berbahaya kerana memiliki senjata api dan dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini yang membabitkan rompakan dan dadah.

Abdullah berkata punca kejadian masih belum diketahui dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asp Mohd Nasri Fadzir di talian 05-4015222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

p/s geng kicap rupanya...       
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 08:42 PM | Show all posts
Alahai tembak menembak mcm no hal jer skrg ni...aman damai negaraku
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 07:50 PM | Show all posts
Ketua samseng dibunuh
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAPAH: Seorang ketua kumpulan samseng yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan pergaduhan dan rusuhan maut akibat terkena tiga das tembakan dari jarak dekat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 pagi di Taman Tapah itu, S Manivannan, 37, yang juga ahli perniagaan parah di kepala, badan dan kaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, siasatan mendapati, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke hospital oleh orang awam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Tapah memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan.


“Kami melakukan siasatan dan mendapati mangsa maut ditembak dalam satu pergaduhan di hadapan restoran berkenaan.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ketua samseng dibunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 08:31 PM | Show all posts
huhuhu...ngeri...maen tembak2 jek..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 09:03 PM | Show all posts
genUmi posted on 16-11-2012 06:38 PM
marah betul pembunuh tuh pada mangsa

Makna nya, deme (musuh) hendak PASTIkan yg dier benar benar mati !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 01:52 AM | Show all posts
woah. samseng mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 01:07 PM | Show all posts
samseng kampung dusun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 01:18 PM | Show all posts
Main tembak2 plak dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 01:21 PM | Show all posts
kampung ahkak tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 01:55 PM | Show all posts
Hek eleh.

Ada satu sumber berita kata mangsa mmg taiko, byk kes gaduh + rusuhan.


Dan simpan baka bangsat mcm ni lagi nak tekejut ada kes tembak2 bunuh2 mcm nih?

Yappadaaa.




Sekalung penghargaan ajer lah kpd pejuang ketuanan civil liberty. Mana dgn parol dia, mana dgn otomatik diskon 50% atas hukuman dgn plea bargain lagik.

Skang neh dok sebok2 dgn agenda amnesty kata corporal + capital punishment jholim.

Buat la ikut acuan amnesty tu.. Lagi banyak bangsat2 mcm ni akan berkeliaran 'berasimilasi' dlm masarakat.


Wadefak jer lah. The country's going to the dogs.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 03:31 PM | Show all posts
elok le tu
samseng tembak samseng
dah padan sangat
genggam bara api biar sampai jadi arang
so, mmg sangat bertemu buku dgn ruas okeyyy!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list