CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23289|Reply: 1

Tips Menyediakan Parcel utk Pos Laju & Pos Daftar

[Copy link]
Post time 8-12-2012 04:11 AM | Show all posts |Read mode


1. Mula2 kita pilih cara penghantaran samada guna perkhidmatan pos laju atau pos daftar.

2  Pastikan kita bungkus parcel itu dengan teliti, Kalau barang yang nak dihantar itu mudah rosak atau patah, balutlah dengan kertas tebal atau bubble plastik. PIHAK POS TAKKAN BALUTKAN BUNGKUSAN ANDA.

3. Seeloknya gunalah plastik pos laju yang boleh didapati secara percuma (sekarang kena beli, melainkan kita melanggan pos laju ) di pejabat pos (kat tempat kak tie tak ada), atau sampul surat yang sesuai, atau plastik seperti yang Tie tunjukkan di bawah ini. Kalau kita bungkus bentuk kotak, harganya lebih mahal sebab ikut kadar volumetrik.. jadi sumbat jer dalam sampul surat atau plastik, ya... melainkan tiada pilihan.



4. Pastikan ada nama pengirim di sudut kiri , nama , alamat lengkap dan no tel. Tulis dengan jelas nama penerima, alamat lengkap dan no tel, walaupun kita guna pos laju. Tie guna permanent marker untuk nama dan alamat penerima (dan taip nama pengirim dan alamat  atas kertas sticker, sebab malas nak tulis alamat sendiri berkali2)

5. Ambillah langkah berjaga2 ini.. Kenapa ? Sebab kita tak tahu, malang tak berbau, pihak kerani mungkin tertukar slip @ resit pos laju itu dan tepek pada parcel lain.. terutama bila kita nak hantar lebih dari satu parcel yang semuanya bogel tiada apa-apa maklumat.

6. Kalau boleh elakkan tulis nama pengirim di belakang parcel, kerana ada kemungkinan pihak yang mengurus parcel ini akan keliru (terutama bila guna pos daftar seperti apa yang berlaku pada Tie ... sampai ambil masa lebih 2 minggu baru Tie dapat parcel tu...)

7. Untuk pos daftar, kalau parcel tu kecil, tak muat nak tulis nama pengirim di depan, tulis dalam tulisan lebih kecil di belakang parcel berbanding dengan nama dan alamat penerima di depan.. supaya pihak pengurusan pos dapat bezakan penerima dan pengirim... (ada yang tak tahu bezakan KEPADA dan DARIPADA.... , bangla kot)

Beritahu kat kerani, kita nak guna pos daftar, dia akan beri borang kecik ni, isi info penerima, seperti di bawah ni....

Kerani akan timbang dan tambah nilai guna stamp kiranya beratnya melebihi berat 20gm. Kita bayar kat situ juga.


Kat belakang borang tadi ada sticker, label dan resit pengeposan. Tulis info penerima di situ juga. Hanya address sahaja, yang lain (ic/tandatangan) akan ditulis oleh penerima bila dia terima parcel ni. Tanggalkan label tu.. dan lekatkan ke parcel/sampul surat sebelah kiri. Biasa kerani yang buat ni. Kalau rasa was2 , beritahulah tak pernah guna perkhidmatan pos daftar...

Yang tertulis RD065XXXXXXMY tu adalah tracking no. Kita boleh check di website POS MALAYSIA. Biasa pos daftar ambil masa 3,4-7 hari untuk sampai. Berbanding dgn poslaju  yang ambil masa 1-2 hari, selewat2nya 3 hari, bergantung kepada tempat dan cuti umum.


8. Untuk parcel lebih besar/berat gunalah poslaju... kalau kita kehabisan sampul surat besar, atau plastik pos laju, gunalah plastik baru, brown paper atau kertas mahjung (putih) tu... janganlah ga una beg plastik yang kita dapat ketika beli sesuatu dari kedai.. maksudnya plastik yang ada chop kedai tersebut...  Penerima mungkin rasa tersinggung bila menerima parcel tersebut, ya laa.. dah bayar harga postage, takkanlah tak boleh cari sesuatu yang sopan untuk membungkus.

9. Akhir sekali Tie ingin mohon maaflah kiranya ada yang terasa hati. Mungkin ada yang tak ambil serius dalam bab parcel ni, tapi sebagai pelanggan @ penerima parcel, dia berhak untuk menerimanya dalam bungkusan yang sedap mata memandang.

20 September 2012

Kak Tie nak tambah sedikit info.. tentang cara nak isi consignment note tu (minta dari kerani pos dulu) dan cara nak track parcel yang kita pos/ atau akan terima...



diambil dari (ada gambar) : http://kaytieze.blogspot.com/201 ... -pos-laju-atau.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2012 01:53 PM | Show all posts
kalo pos domestik cane lak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082659 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list