View: 17664|Reply: 63
|
DALAM SETIAP SUJUD [FATHIA,AZLEE KHAIRI,KEITH FOO][ULANGAN RABU,KHAMIS 10MLM]
[Copy link]
|
|
Dalam Setiap Sujud drama terbaru yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.
Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.
Dalam Setiap Sujud akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.
Drama Dalam Setiap Sujud yang akan bersiaran selam 14 episod ini akan menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Dalam Setiap Sujud turut dibantu pelakon baru seperti Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz serta pelakon berpengalaman seperti Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.
Kemunculan istimewa Keith Foo pelakon dan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.
Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).
Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.
Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!
Last edited by eddlisa_uyuk on 12-2-2014 10:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nur fatihah boleh berlakon ke wtk camni?![](static/image/smiley/default/funk.gif)
jgn jadi mcm stanza cinta dah...![](static/image/smiley/default/curse.gif)
tp lakonan die dlm cinta halal is one of her best performances selain Nur Kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah pun follow drama2 kat slot ratu ni tapi drama ni ntah ada magnet buat saya nak follow walaupun barisan pelakon tak masuk dalam list pelakon yang saya minat. |
|
|
|
|
|
|
|
best la citer ni .. azlee and fathia sweet je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh start ye citer?motip tak de penonton?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best cerita ni...
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cite best... tapi ye le kenapa la ni asyik wat cite ..
kawin terpaksa dan aniaya isteri...
memang trend sekarang realitinya cam ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
encemnyer..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
![](http://4.bp.blogspot.com/_RgDaNmR-Ot8/SqP4qXAtTwI/AAAAAAAAA_o/ottNXBZG2-g/s1600/keith6.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal lak asik buat cerite kahwin paksa dan tak bahagia...pastu siksa dan aniaya isteri...tak bagus la moral pada penonton...
Setia hujung nyawa pon lebih kurang camni gak....![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh.. Fathia berlakon tak Best la
Suka sangat buat aksi mulut nganga dgn muka blur dia tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
me baru follow citer ni malam tadi....not bad la jugak...
tapi da jadi macam citer yang diorang berlakon ber2 jugak tu kat tv3 kul 7...yg hidup susah sekejap... |
|
|
|
|
|
|
|
fatia ni berlakon x nampak sedih pun. yg lelaki tu selalulah bwk watak mcm ni. dl dlm julia...
musyil dgn ana?dia tu mcm ada musllihat je?dia ada hati kat farez tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
slot ratu ni memang ambik citer2 berkonsepkan suami menganiayai isteri kot... |
|
|
|
|
|
|
|
ayunasia posted on 7-2-2013 04:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
slot ratu ni memang ambik citer2 berkonsepkan suami menganiayai isteri kot...
cuba korang baca Novel Perempuan Lindungan Kaabah. Memang dia tiru banyak dari novel ni.
Novel ni mula2 publish di Board Bakat & Ruangan Penulis. Tapi sekarang dah terbit novelnya.
Nama Hero pun sama. Cuma dia tukar sikit2 watak2 dalam tu. tp kebanyakannya mmg sama.
Jalan cerita pun sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah byk sgt drama kawin paksa, aku tgk ni lain skit. Jannah xde la nangis 24 jam mengenang rumahtangganya. Jannah ni kuat pertahan hak dia sbg isteri. Aku suka time dia bahasakan Ika. Jauh di sudut hati, aku nk sgt Jannah kahwin dgn Hendra. Diorang memang sepadan. Lagipun, Keith Foo jauh lagi ganteng banding dgn azlee khairi. Keith ni cina indon ke cina malaysia. Fuhh! Merembes! |
|
|
|
|
|
|
|
Musim citer kawin paksa jer ni...
Zaman skang pompuan kampung bukan macam 70- an 80- an dulu k...
Pompuan kampung pon skang da up to date k, ade kerjaya, educated etc..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|