CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3248|Reply: 12

Nurul Syuhada Sudah Mahu Anak

[Copy link]
Post time 15-1-2013 01:03 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pengacara TV3 Nurul Syuhada sudah merancang untuk memiliki cahaya mata selepas setahun setengah mendirikan rumah tangga.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 29, berkata, dia dan suami Raja Amir Syah Raja Azwa, 31, mula memikirkan perkara itu selepas puas melalui alam perkahwinan.

"Kami sudah puas menghabiskan tahun pertama perkahwinan berdua sahaja. Kini saya sudah bersedia pada bila-bila masa jika ada rezeki (anak)," katanya kepada mStar Online  selepas pelancaran program terbaharu yang dikendalikannya berjudul Da'i di sini pada Isnin.


Pasangan itu bernikah pada 16 Julai 2011 di The Binjai On The Park, dekat sini.

Diusik mengenai isu Bintulu yang pernah menjadi isu apabila beliau secara tidak sengaja mengatakan bandar yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2012 itu daif kata Nurul, dia tidak gentar dengan kontroversi itu.

Katanya, cerita sebenar kontroversi itu sudah dijelaskan kepada khalayak dan ia hanya diperbesarkan segelintir pihak sahaja. Malah dia juga sudah membuat permohonan maaf.

"Tiada apa yang perlu saya takut atau terganggu dengan kontroversi itu. Ia sudah berlalu. Kontroversi adalah asam garam dunia hiburan dan saya akui ia agak besar ketika itu.

"Insya-Allah pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati," katanya.

Mengenai program realiti Islamik yang dikendalikan bersama Mohd Zhafran Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris, Nurul berkata, dia begitu teruja kerana rancangan itu mengetengahkan sisi pengacaraan berbeza daripadanya.

"Peluang ini berbeza daripada tugas mengacara sebelum ini. Dengan imej (berhijab) dan genre program ini, ia akan memperlihatkan sisi berlainan saya.

"Saya teruja untuk pengalaman baharu ini kerana akan mengendalikan program ini dengan cara yang santai dan bersahaja," katanya.

Ia bakal disiarkan sebanyak 13 episod bermula Sabtu ini pada pukul 6 petang di TV3.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 01:23 PM | Show all posts
tgk body cam dah ngandung jah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:25 PM | Show all posts
Alamakkk...apesal dia nampak gumuk sangat dlm pic kat atas tu? Dah x cantik sangat dah mcm dulu. Ketet pun boyak semcm jek?? Baru setahun setengah jek kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:29 PM | Show all posts
Laaa..selama ni mati2 ingat nurul ni dh peknen
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:35 PM | Show all posts
suruh cik hasben blaja ngn nara sharpshooter & abg priki mcm mana nk shoot dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:45 PM | Show all posts
bukan aritu kata dah letak jawatan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 01:50 PM | Show all posts
gomok suda
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:15 PM | Show all posts
klu aku terus malam pertama sharpshooter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 02:20 PM | Show all posts
tahniah kalau dah mengandiung ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:22 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 15-1-2013 02:15 PM
klu aku terus malam pertama sharpshooter

wowwww....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:23 PM | Show all posts
insha Allah akan sampai rezeki tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:58 PM | Show all posts
kulit cantik ...putih merah... mulus lagik... gemuk ckit jer tue...mantap... somi ttp sayang!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 04:13 PM | Show all posts
semoga cepat menimang anak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059978 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list