CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10494|Reply: 49

Syed Aiman Rindu Mahu Aktif Berlakon

[Copy link]
Post time 5-2-2013 09:07 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon Syed Aiman sudah bersedia untuk kembali memeriahkan industri lakonan selepas empat tahun menyepi daripada sebarang projek terbaharu.

Syed Aiman atau nama sebenarnya, Syed Aiman Syed Mahmud, 38, berkata, sudah tiba masanya dia berbuat demikian kerana rindukan dunia lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini.



"Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh namun kesibukan menguruskan perniagaan dan keluarga telah membatasi niat itu.

"Kini apabila semuanya sudah berada di tahap stabil sudah tiba masanya untuk kembali beraksi bagi melepaskan rindu pada lakonan," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Syed Aiman berkata, selepas berkahwin dengan Linda Rafar pada tahun 2006 dia memang banyak menumpukan perhatian kepada perniagaan dalam bidang pembinaan yang diusahakan.

"Apabila kita berkahwin tumpuan itu bukan kepada diri sahaja tetapi terhadap keluarga dan itu yang saya lakukan supaya ekonomi keluarga berada di tahap stabil.




"Walaupun rindu untuk berlakon tetapi saya perlu berkorban demi menjamin masa depan anak-anak yang sedang membesar," jelasnya.

Bercerita mengenai perkembangannya sekarang Syed Aiman berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian sebanyak 28 episod untuk Astro Prima berjudul Sofiah Nasi Kukus.

Selain itu, dia juga memberitahu akan terlibat dalam sebuah pementasan teater pada bulan Jun depan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.

"Syukur rezeki dalam bidang lakonan masih ada walaupun sudah agak lama menyepi daripada sebarang projek dan publisiti," ujarnya.

Tambah Syed Aiman, selain kembali berlakon, dia juga kini bergiat aktif dalam persatuan iaitu Malaysian Artist Sports Club (MASC) yang dinaungi oleh Datuk Seri Shah Rezza bagi mengumpulkan artis-artis tanah air untuk melakukan aktiviti sukan.

"Menerusi MASC kami artis-artis dapat berkumpul dan melakukan aktiviti sukan pada masa lapang seperti futsal, boling dan badminton. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami semua," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2013 09:08 AM | Show all posts
Napa anak2 diorg semua nampak mcm lain je drpd diorg?





Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:10 AM | Show all posts
Anak2 tiri le freekey.....dgn pasangan memasing sblm ni...

Tp tak sure la aiman ni duda ke bujang sblm kawen ngn linda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:11 AM | Show all posts
dh 4 org anak die ye...sepet ler plok mate anak die yg kecik tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:13 AM | Show all posts
pkawinan duda janda kan.........sbb tu anak blainan rope
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:19 AM | Show all posts
ni jani piala kambing kan?leh plak dia berlakon melawak gituu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 09:19 AM | Show all posts
Katanya duda..syed aiman ni best jugok acting..Kena pulok cite dialek kelantan(dia asal sana)...last tgk yg cite kat astro seekor kambing sebuah piala ke apa tu arahan sabri yunus(selalu jadi lead actor bwh arahan wan semail golok ni)...mmg menjadi la..rupa ada-acting OK-gosip ngarut tak pernah dgr..tapi tak berapa nk pemes mcm abg haron..sedey
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:27 AM | Show all posts
apasal aku tgk anak dorang xlari jauh dari segi iras
hanya yang kecik jer lain sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 09:33 AM | Show all posts
lakinya linda rafar kan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:57 AM | Show all posts
lama dh xtgk dia blakon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:34 AM | Show all posts
hanni_ruzz posted on 5-2-2013 09:27 AM
apasal aku tgk anak dorang xlari jauh dari segi iras
hanya yang kecik jer lain sikit..

3 yg besor tu anak linda dgn ex husband keifli rasanya..yg plg kecik tu dgn si jani nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:37 AM | Show all posts
ensem...aku suke beliau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:38 AM | Show all posts
ensem...aku suke beliau
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:12 AM | Show all posts
yg dgn keifli rase 2 org je .... yg besar tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:13 AM | Show all posts
wow kacaknya..apsal tak pernah kenal? hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 11:48 AM | Show all posts
dorang laki bini bukan pernah buka restoran ke? dh bankrap katenye..

Last edited by RatuDunia94 on 5-2-2013 11:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 11:49 AM | Show all posts
HEPI FAMILY
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:17 PM | Show all posts
dengarnya bapak syed aiman yg tasty neh owner concorde shah alam...btol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:44 PM | Show all posts
syed aiman ni kalau berlakon dgn catriona ross mmg serasi, ada chemistry....nak2 kalau kecek klate dlm mek salmah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:45 PM | Show all posts
suka tgk syed aiman in dari mata arissa kt tv2 or tv1 dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.983438 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list