CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10401|Reply: 57

Fathia bangkit daripada kesilapan

[Copy link]
Post time 8-2-2013 10:42 AM | Show all posts |Read mode
FATHIA mula mencuri tumpuan apabila selepas muncul dalam iklan syampu Sunsilk, dirinya dilamar sebagai pelakon. Bermula dengan drama rantaian Hani, namanya mula menjadi sebutan apabila berlakon drama Nur Kasih memegang watak Nabila iaitu sahabat Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah.
Bagaimanapun, baru mengecap populariti, Fathia mencetuskan kontroversi apabila mengamuk di lokasi dalam insiden baling telefon kepada pengarah Along Kamarudin ketika penggambaran drama Stanza Cinta pada 2011.

Bangkit daripada kesilapan, Fathia kembali mendapat kepercayaan penerbit dengan watak lebih mencabar. Kebolehannya terus diuji dengan membintangi filem Al Hijab dan bakal muncul dalam filem Darah Panas dengan karakter lebih mencabar apabila diberi watak gadis naif yang dijadikan pelacur.

Anak sulung daripada empat beradik ini mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah dicalonkan dalam senarai Top 5 Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) bersama Tasha Shila, Izara Aishah, Neelofa dan Najwa Latiff.


FAKTA:

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Drama: Stanza Cinta, Joe & Faridah, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Cinta Halal, Bertaut Kasih, Tongkah Arus Dosa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 01:02 PM | Show all posts
APE KESLAPAN DIA NIH ? KESILAPAN TATABAHAS KE ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:15 PM | Show all posts
btol jgak ..kesilapan pebendenye?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:19 PM | Show all posts
baling hp kat pengarah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:20 PM | Show all posts
tomet05 posted on 8-2-2013 01:02 PM
APE KESLAPAN DIA NIH ? KESILAPAN TATABAHAS KE ?

kah...kah...kah....kah...kah..... lawak jah..!!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:22 PM | Show all posts
nicuya posted on 8-2-2013 01:15 PM
btol jgak ..kesilapan pebendenye?

kesilapan lame...... masalah disiplin..... suke datang lewat....macam2 lagi...!!! die blakun xla kayu sgt.... cite anak halal tu best jah iols tgok... x control cung pun depan abg pahrin..!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2013 01:24 PM | Show all posts
bungalisa posted on 8-2-2013 01:22 PM
kesilapan lame...... masalah disiplin..... suke datang lewat....macam2 lagi...!!! die blakun xla k ...

eh sorry.... bukan anak halal.... CINTA HALAL uols...

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:26 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 01:29 PM | Show all posts
belajar sampai abes dulu lah dia nih! aku tengok dia mcam terganggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:29 PM | Show all posts
haaa..btol...ske die sbb x kontrol cun pon cun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:35 PM | Show all posts
aku suka dia,dlm cinta halal mmg superb,suka gandingan dia ngn azlee khairi dalam mahabbah(sweet n romantic gler,pandai btol dorg blakon) dan dalam setiap sujud pun best..boleh masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:47 PM | Show all posts
Fathia Pakai Gaun Koyak



berlangsungnya Anugerah Stail EH! 2012. Anugerah ini telah digamatkan dengan  satu jenaka, dimana seorang dramatis muda, Fathia Latiff dikhabarkan telah menyarungkan persalinan gaun malam yang koyak ketika menghadiri majlis anugerah ini.

Dalam majlis Anugerah Stail EH! 2012, Fathia telah memperagakan gaun rona hitam dari label fesyen antarabangsa, iaitu BCBG. Difahamkan suasana majlis yang berlangsung malam tadi agak meriah sehingga mengakibatkan Fathia berkelakuan sedikit lasak dan membuatkan gaunnya terkoyak.

Walaubagaimanapun, insiden kecil tersebut tidak menghalang lensa kamera untuk merakamkan kehadiran Fathia yang tampil elegan. Selain itu, Fathia turut mengekalkan sikap profesionalismanya sewaktu diminta untuk menyampaikan salah sebuah anugerah yang dipertandingkan pada malam anugerah tersebut. Menurut sumber, Fathia juga tidak segan untuk memberikan kerjasama bersama pihak media untuk merakamkan sesi fotografi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:58 PM | Show all posts
kesilapan sebab dok bercakar dgn lalucah kot.pikir panjang kenapa la aku bergaduh dgn tino tu.nyesal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksi jugak dia ni..umur 26? Tp muka matured mcm 30thn
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:11 PM | Show all posts
daiman posted on 8-2-2013 01:58 PM
kesilapan sebab dok bercakar dgn lalucah kot.pikir panjang kenapa la aku bergaduh dgn tino tu.nyesal ...

dia ni pon ada bercakr dgn lalucah gak ke?? igt kan lutfia je
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:21 PM | Show all posts
dia ok je berlakon..perangai jer tak leh nak adjust...amarah muu..oh amarah mu..
member i keje dgn produksi krew yg dia penah blakon kata...dia ok je..baik.tak sombong pun..boleh borak2..tak kira ko tukang bancuh air ke..tukang susun kerusi ke..

.cuma biler bad mood..jelas tpancar di wajah...ketat giler muka..dan biler dia moody tu..mmg lama jugak la nak reda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 02:25 PM | Show all posts
Suka tgk dia jd Jannah dlm drama Dalam Setiap Sujud. Dlm byk2 cite kawin paksa, cite ni yg aku suka. Sebab tak mcm kawin paksa yg lain, pompuan jd lemah, menyerah kalah. Jannah pulak memang tegas, tetap nk pertahankan perkahwinan dia. Tak pernah menangis 24 jam mcm pompuan lain. Siap bahasakan gf laki dia. Terdiam pompuan tu. Tak sabar2 nk tgk ending camne. Nk sgt Jannah nikah dgn Hendra. Diorang mmg sepadan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:25 PM | Show all posts
Suka tgk dia jd Jannah dlm drama Dalam Setiap Sujud. Dlm byk2 cite kawin paksa, cite ni yg aku suka. Sebab tak mcm kawin paksa yg lain, pompuan jd lemah, menyerah kalah. Jannah pulak memang tegas, tetap nk pertahankan perkahwinan dia. Tak pernah menangis 24 jam mcm pompuan lain. Siap bahasakan gf laki dia. Terdiam pompuan tu. Tak sabar2 nk tgk ending camne. Nk sgt Jannah nikah dgn Hendra. Diorang mmg sepadan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk fathia ni thn bila tah nk abes blajo..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:59 PM | Show all posts
suka sangat tengok dia berlakon...dapat pulak hero mcm Pahrin & Azlee.....syok je tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075075 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list