CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3390|Reply: 16

Tujuh Artis Saman Persatuan Seniman

[Copy link]
Post time 22-2-2013 08:59 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Lapan individu, termasuk tujuh artis veteran, memfailkan saman terhadap Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta tujuh yang lain kerana mendakwa Mesyuarat Agung persatuan itu tidak sah dan terbatal.
Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd Tap, Jamaliah Mohd Dahan, Azizah Ab Aziz dan Roslinda Buang memfailkan saman itu pada 25 Januari lepas.
Selain Seniman, mereka menamakan presiden persatuan ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari, Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang ketika itu pemangku timbalan presiden persatuan sebagai defendan.
Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.
Kes itu disebut pada Jumaat dalam kamar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dengan dihadiri peguam Mohd Azmi Talib dan Asmadi Abu Bakar yang mewakili plaintif serta peguam Bazlinda Bahrin dan Dalina Hanim Daim bagi defendan.
Mohd Azmi memaklumkan kepada pemberita defendan akan memfailkan penyataan pembelaan dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan untuk pengurusan kes.
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah terbatal dan tidak sah.
Sehubungan itu, mereka mendakwa pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah.
Selain ganti rugi am, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, mereka menuntut agar Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa menanggung atau membayar RM56,000 kepada persatuan. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 09:01 PM | Show all posts
saman menyaman...
sape menang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:05 PM | Show all posts
Zed Zaidi la yg nak kena menjawabnya. Diakan dah jadi presiden.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:33 PM | Show all posts
Mohon bubarkan seniman..dr dlu x penah aman..suma sebuk rebut kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:46 PM | Show all posts
politik artis mesia ......
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:52 PM | Show all posts
aku kenal abu bakar omar sorang jah?? yang lain? menyemak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 10:16 PM | Show all posts
yah.....rasa nya xperlu ada pesatuan ini??aku xnampak apa2 pun benefitnye
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:28 PM | Show all posts
saman manjang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
La,xabes lg ke kes ni?igtkn da slesai lame da..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:51 PM | Show all posts
adoi nk saman plak..x sudah2 kes seniman ni.dr dulu ad je yg x puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:13 PM | Show all posts
ape la yang direbutkan lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:15 PM | Show all posts
betul ke tujuh org yg saman tu artis? iolss tak kenal pon... sendu aje
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:16 PM | Show all posts
Buat tambah kes kat mahkamah ja. Banyak lagi kes tertunggak, nak kena layan depa2 yg suam2 kuku ni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:28 PM | Show all posts
Retis lama  tercabar ke tua annya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 02:02 PM | Show all posts
pendapat i la..zed zaidi ni x layak jd presiden..isu zed zaidi bykkan bawa isu utk glamourkan diri sendiri je..menyalak je lebih.. dgr cite org lantik dan sokong dia sbb dia ada org kuat dengan org politik tp kesahihan cite allahualam. apapun kalu org yg saman tu menang, harap biar la ada perlantikan baru presiden tu utk  org yg layak pegang..

p/s: teringat kat arwah bob kuman...arwah ada minta bantuan kewangan kat persatuan seniman utk jelaskan bil perubatan yg tertunggak..tp persatuan tu bg bantuan dari segi makanan..sampai arwah bob kuman kata saya bkn x cukup makan..saya makan cukup ..yg x cukup adalah duit utk byr bil perubatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 08:17 PM | Show all posts
veteren mula bersuara..mana dia zed zaidi hero rakyat!?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2013 10:29 PM | Show all posts
jd presiden Seniman leh jd kaya raya ke?
dpt duit ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.151427 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list