CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8337|Reply: 20

SIAPA HERO & HEROIN - ADAPTASI MATAHARI CERAH LAGI

[Copy link]
Post time 8-3-2013 06:36 PM | Show all posts |Read mode
melalui facebook Intens Idea Fauziah Ashari (syarikat penerbitan milik novelis Fauziah Ashari), FA telah memuatnaik status berkenan adaptasi novel Matahari Cerah Lagi iaitu karya ke 7 FA..ni update status FB milik FA..dan katanya AA dah berminat pegang watak YEM iaitu karektor lelaki terencat akal..dan FA sedang mencari hero n heroin yg sesuai tuk bawak watak Adam dan Suha serta watak  kedua penting iaitu Munir (ayah Adam + suami Suha)
  1. <div class="blockcode"><blockquote>Sembang2 petang 7/3/13...Matahari Cerah Lagi karya FA yg ke 7 (kalau x silap) sudah di peringkat akhir persetujuan oleh pihak atasan Astro untuk diadaptasi...."semua panel pemilihan suka MCL" itu cerita Datin Zaiton, Global Stations pada FA petang semalam...
  2. Dan katanya lagi...AA offer diri nak pegang watak Yem. Tak nak jadi hero tp nak jd lelaki telus yg miring otaknya...Ermm...AA sungguh2 mahukan watak Yem...malah novel tu sudah di tangannya....AA yg baca atau wife dia yg baca tak tau la pulak FA....hehehee
Copy the Code
...................................................................................................................................................................




dan ini sinopsis novel Matahari Cerah Lagi (MCL)



Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.


Adakah Suha terus nestapa?


Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?


Dan...


Mampukan Yem menggapai cintanya?



Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.


Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.


Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.


Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.



....................................................................................................................................................................................




dan ini adalah review dari pembaca MCL


Akhirnya muncul juga karya dari penulis yg ramai tertunggu-tunggu kehadiran sentuhan terbaru darinya. Kali ini Fauziah Ashari memilih tema cinta yg lebih berat dan konflik yg agak rumit. Bagi aku kisah seorg gadis belasan tahun berkahwin dgn seorg lelaki 50-an yg mempunyai anak2 yg jauh lebih tua dari ibu tiri mereka adalah sesuatu yg rumit.



Suha adalah gadis kecil yg teraniaya dek ibu tirinya yg menjaganya semata-mata kerana harta. Suha tersiksa dan dia sentiasa dicurigai ibu tirinya kerana disangka berpeleseran dgn macam2 lelaki sehingga Suha tidak berani langsung bertegur sapa dgn mana2 lelaki.



Watak Nazirul adalah watak jahat yg menarik perhatian aku. Kemunculannya tidak sampai 5% dari jalan cerita tetapi mulutnya yg lancar melafaz fitnah yg sgt believable kepada siapa saja yg mendengarnya membuatkan watak kenit ni sgt2 memorable. eeee geremmmmmmmmmm. A character that we love to hate!



Suha difitnah Nazirul sehingga hilang kepercayaan adik tirinya yg kelihatan seperti satu2nya watak dlm familinya yg berfikiran positif. Segala kepercayaan musnah sekelip mata dan ibunya membuat keputusan utk mengahwin kan dia dgn Yem, seorg pemuda terencat akal di kampung mereka. Suha tidak membenci Yem tetapi dia tak sanggup bersuamikan lelaki seperti itu. Dia berhak mendapat kehidupan yg jauh lebih baik dari apa yg dia ada sekarang.



Munir, lelaki 50-an yg muncul sbg penyelamat tiba2 pulak jadi suami Suha. Part ni aku tak dpt proses sikit. Kalau betul dia nak selamatkan sorg gadis yg baru dpt result spm, byk cara lain dia buleh buat. Kenapa nak kawin? Watak Munir bukannya lelaki yg gatal tapi biler baca seterusnya, dia mcm ada masalah mental sikit selepas mendapati arwah isterinya curang dgn lelaki lain. Tapi kenapa tindakan isterinya curang membuatkan dia nak beristeri berumur 18 thn? yg tu aku tk dapat relate.



Nasib Suha tidak berubah baik setelah mengikut Munir. Lebih kurang jer sakit hati masa hidup bersama ibu tirinya. Munir yg di awal cerita kelihatan gentleman dan baik hati rupa2nya ada masalah utk mempercayai seorg isteri. Anak sulungnya, Adam, dituduh menaruh hati pada Suha lantas kedua2 mereka dihalau dari rumah. Memang Adam dan Suha seperti ada chemistry antara satu sama lain. Selang beberapa tahun, Suha sudah mempunyai kehidupan yg lebih baik setelah diselamatkan oleh seorg wanita yg berkerjaya. Dia menyara Suha spt adiknya sendiri dan menyerahkan perniagaannya kpd Suha.



Adam pulak sudah membina karier sendiri dan menjadi lelaki licik yg penuh dgn perancangan rapi terutamanya setelah terserempak semula dgn Suha yg dianggap punca dia dibuang keluarga.



Munir sudah bakal bergelar datuk dan akan berkahwin dgn wanita yg ada gelaran Tengku. Dia lupa kah yg dia belum pernah menceraikan Suha?oh, tak lupa...



Semakin Adam cuba menyakiti dan membalas dendam pada Suha, semakin dia memahami duduk cerita sebenar dan penderitaan yg ditanggung Suha membuat Adam bersimpati dan mula bertukar kepada sayang dan cinta. Mana mungkin ibu tiri kawin dgn anak tiri? Suha cuma akan mengahwini Adam sekiranya hukum Allah membenarkan... haaa.. ini bakal membongkar satu lagi rahsia gelap keluarga Adam.



REntak penceritaan yg rancak kerana penuh teka teki yg kita mahukan jawapan. Cerita lebih dirancakkan dgn sentuhan thriller yg mendebarkan terutamanya di hujung2 cerita.



....................................................................................................................................................................................


so  kepada  peminat MCL dan karya FA khususnya, anda boleh memberi cadangan siapakah pelakon yang layak membawatak Adam, Suha, dan Munir.....anda boleh cadangkan disini  atau terus ke laman FB FA...




sumber: FB Intens Idea Fauziah Ashari, Alaf21 dan blog Alongside

Last edited by mrsrezza on 9-3-2013 03:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2013 07:19 PM | Show all posts
ini pilhan TT


Zul Ariffin as Adam







Hanez Suraya as Suha








Azhar Sulaiman as Munir






so ape pulak pilihan uolsss?


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 08:06 PM | Show all posts

Cek in

Novel dah beli...mlm kang memvurung abiskn novel nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 08:10 PM | Show all posts
mcm nk sheira ayob jadi suha jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 08:12 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 8-3-2013 07:19 PM
ini pilhan TT

Zul Ariffin as Adam


ehhh knp bila tgk Zul Ariffin trbyg wajah setazah abby abadi...

uwaaaaa skerinyaaaaaa

nsb baik pasan...mula2 iols pi ckp zainal ariffin plak

matik ler asik duk tingat zainal ariff dlm SA tuh



Last edited by Honeyda on 9-3-2013 02:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 08:19 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 8-3-2013 08:10 PM
mcm nk sheira ayob jadi suha jer


hah tu psl...iols pon prefer sheira ayoub...

lps polow Duri trus tersuke kt dia lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2013 11:58 PM | Show all posts
Honeyda posted on 8-3-2013 08:19 PM
hah tu psl...iols pon prefer sheira ayoub...

lps polow Duri trus tersuke kt dia lak

yupp lagi suka sheira ayoub dr hanez suraya tu...
suka tengok sheols lam duri
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 02:54 AM | Show all posts
qis13 posted on 8-3-2013 11:58 PM
yupp lagi suka sheira ayoub dr hanez suraya tu...
suka tengok sheols lam duri


kannnn sheira ayoub ade kekuatan dr segi emosi

mmg reallah dia berlakon...mkn dlm

hanez suraya ni w.pon byk kali tgk dia brlakon tp mmg tak lekat di hati lgsg

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 05:29 AM | Show all posts
juju_amin84 posted on 8-3-2013 08:10 PM
mcm nk sheira ayob jadi suha jer

oh my...

i second this...

shiera aiyob bwk watak cmnie real kot...

best2...

drama duri mmg bg kesan mendalam la..tho xramai pon tahu sgt pasal drama ni...
Last edited by anash on 9-3-2013 05:36 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 03:29 PM | Show all posts
mane momod @eddlisa_uyuk ni..

iols nak tacang boleh..

tq momod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 03:31 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 8-3-2013 08:10 PM
mcm nk sheira ayob jadi suha jer

iols pon suka sheera ayob tp syg sbb sheols kan tgh preggy...cmne nak bawak watak suha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 03:32 PM | Show all posts
Honeyda posted on 8-3-2013 08:12 PM
ehhh knp bila tgk Zul Ariffin trbyg wajah setazah abby abadi...

uwaaaaa skerinyaaaaaa

wakkakaa..motip sgt nmpak muka abby!
iols x histeria sgt ngn zainal ariff tuh
iols lagi kritikal ngan angkel azman
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 06:06 PM | Show all posts
check in...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 09:16 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 8-3-2013 08:10 PM
mcm nk sheira ayob jadi suha jer

ios sukung 148%...nk sheera jugak....sheols dh berjaya bwk watak sufi...nk tgk sheols di dlm sisi suha plak..tp sheols tgh preggy kan? nk ke produksi tunggu dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 09:18 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 8-3-2013 07:19 PM
ini pilhan TT

Zul Ariffin as Adam

iols nk zul bwk watak munir bleh? aritu tgk heols bwk watak org tua jd ayah elfira loy tu hokeh jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 09:23 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 10-3-2013 09:18 PM
iols nk zul bwk watak munir bleh? aritu tgk heols bwk watak org tua jd ayah elfira loy tu hokeh ja ...

iols okay jerk kalu zul bawak watak munir tp sian le kat dia asik bwak watak org tua jer,...
iols ade calon kan name zul tuk watak adaptasi novel aksi..tp x tau ler tv3 stuju ke x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2013 09:09 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 10-3-2013 09:23 PM
iols okay jerk kalu zul bawak watak munir tp sian le kat dia asik bwak watak org tua jer,...
i ...


sape uols....dah kompom ke heronya...

iols dah abis baca novel ni...tp kan tp kan byk konflik sgt lah cetenya

penin sket...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 07:20 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 8-3-2013 07:19 PM
ini pilhan TT

Zul Ariffin as Adam

part hero setuju.. teringin nk tgk zul jd hero novel... iols tau uols mmg setia ngn zul ni kan.... selain uncle azman
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 09:42 PM | Show all posts
nak izzue islam jd adam boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2013 12:03 AM | Show all posts
Honeyda posted on 21-3-2013 09:09 AM
sape uols....dah kompom ke heronya...

iols dah abis baca novel ni...tp kan tp kan byk konflik ...

x tau uols...iols lufer nk tgk fb intens dh ad update bru ke x....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063579 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list