CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3473|Reply: 3

Isteri selalu ugut minta cerai

[Copy link]
Post time 18-3-2013 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Usia perkahwinan kami mencecah tiga tahun dan sudah mempunyai seorang anak perempuan. Isteri seorang bekerjaya, berbanding saya hanyalah seorang jurujual.
Dia sering minta ‘dilepaskan’ apabila kami bergaduh, sama ada bercakap secara depan atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sewaktu saya keluar rumah dan berjumpa dengan kawan.

Mungkin ia adalah kesilapan saya kerana leka berbual dan ada ketikanya saya pulang ke rumah jam 3 dan 4 pagi. Apakah yang harus saya lakukan?

Saya sayangkan dia, tetapi status pekerjaan saya yang rendah, berbanding isteri dan keluarganya membuatkan saya berasa rendah diri, apatah lagi isteri pernah mengugut mahu bercerai jika saya tidak mendapat pekerjaan tetap.

Suami bingung,
Kuantan, Pahang


Selaku pemimpin dalam rumah tangga, suami seharusnya berusaha sedaya upaya dengan menggunakan segala ilmu, kemahiran dan kreativiti yang ada untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Apa juga perkara yang tidak disukai oleh pasangan hendaklah dijauhi dan ditinggalkan bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak puas hati yang mungkin pada awalnya hanyalah ibarat kudis kecil di kaki, tetapi lama kelamaan jika tidak diubati akan merebak, bernanah dan menjadi barah yang akhirnya terpaksa dipotong.

Saudara menyedari mengenai kekurangan yang ada pada diri saudara sedari sejak awal perkahwinan lagi.

Jadi seharusnya saudara berusaha melakukan sesuatu untuk memperbaiki taraf pendidikan saudara ataupun tahap pencapaian saudara dalam perniagaan dan pekerjaan agar pendapatan saudara setanding atau lebih baik daripada pendapatan isteri saudara.

Saudara mesti berusaha lebih dengan menggunakan akal fikiran dan kesihatan serta kudrat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Dalam masa yang sama, saudara hendaklah meninggalkan aktiviti yang tidak sihat seperti menghabiskan masa berbual kosong dengan kawan di kedai kopi sehingga jam 2 atau 4 pagi.

Secara logiknya isteri mana yang tidak marahkan suami yang menghabiskan masa di luar rumah untuk tujuan tidak bermanfaat sehingga awal pagi dan dalam masa sama tidak menyempurnakan tanggungjawab nafkah dan keperluan keluarga.

Mungkin juga kesabaran isteri saudara sudah sampai ke tahap maksimum disebabkan saudara berulang kali melakukan perbuatan sama, walaupun sudah ditegur secara baik sebelum ini.

Isteri saudara mungkin boleh memaafkan saudara jika saudara berubah ataupun berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Soal pekerjaan saudara mungkin bukan menjadi isu utama sebaliknya keprihatinan saudara dalam memahami perasaan isteri yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih banyak untuk keluarga itu perlu diberikan perhatian dan penghargaan.

Saudara mesti yakinkan kepada isteri bahawa keadaan itu bukan untuk tempoh masa yang lama, tetapi untuk seketika saja, sementara strategi dan perancangan untuk meningkatkan ekonomi keluarga yang dirangka saudara membuahkan hasil.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2013 01:43 PM | Show all posts
Asyik kena ugut aje....sampai bila??

Divorce her....improve yourself....moga2 dapat someone yg lebih memahami n supportive
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 05:13 PM | Show all posts
cerai sajer la nak simpan wat hapa lagi pompuan mcm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:08 AM | Show all posts
1. doa + yakin
2. usaha + yakin
3. redha + yakin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.137673 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list